-    +  
Adjust font size:
Calon tanpa restu punca BN tewas
Apr 10, 08 6:25pm
Kaedah pemilihan calon yang tidak dipersetujui di bahagian-bahagian didapati satu daripada punca-punca penyebab calon Barisan Nasional kalah pada pilihanraya umum 8 Mac, kata timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, yang juga timbalan presiden Umno, berkata kebanyakan ketua bahagian dan ahli jawatankuasa mereka kecewa apabila senarai calon-calon tidak dirujuk kepada mereka.

Maklumat itu diterima jawatankuasa pengurusan Umno daripada pemimpin-pemimpin parti itu di Kedah hari ini, kata Najib lagi, lapor Bernama.

Kenyataan terbuka Najib ini mengesahkan tanggapan umum bahawa wujud campur tangan di peringkat pemilihan calon di banyak negeri sehingga menimbulkan bantahan, antaranya yang paling ketara di Terengganu.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner