Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Masyarakat Melayu tidak akan dipinggirkan dalam dasar-dasar kerajaan negeri Selangor tetapi ia tidak seharusnya membimbangkan orang bukan Melayu di negeri itu, kata exco kerajaan negeri, Datuk Hassan Ali.

hassan ali interview 240408 01 Bukan Melayu juga, katanya, akan diberi peluang yang saksama untuk menikmati kemajuan di negeri termaju di negara itu, kata beliau yang mempengerusikan jawatankuasa hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini , Hassan yang juga ahli dewan undangan negeri (DUN) Gombak Setia, bercakap panjang lebar mengenai portfolio di bawah jagaannya.

Selain memberi jaminan akan bersikap adil kepada semua kaum, Hassan yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, menerangkan juga tentang rancangannya untuk memperbaiki infrastruktur di Selangor.

Untuk itu, katanya, beliau akan memanfaatkan pengalamannya selama tujuh tahun tinggal di Amerika Syarikat.

Beliau juga menjelaskan tentang kekeliruan yang timbul berhubung agenda negara Islam PAS dan pandangannya tentang isu ternakan babi secara moden.

Berikutan adala petikan wawancara dengan Dr Hassan:

Pada pandangan Datuk, mengapa orang Islam begitu sensitif terhadap itu ternakan babi setiap kali ia dibangkitkan?

Ia bukan sahaja mengenai soal agama, tetapi juga mengenai factor budaya. Mengenai agama, kita harus mengambil pendirian untuk menghormati satu sama lain. Orang lain juga mempunyai keperluan mereka. Islam menghormati keperluan orang lain yang menganut agama lain. Oleh itu, jika dilihat dari sudut tersebut, saya juga akan memberi peluang kepada orang bukan Islam. Mereka perlukan daging babi, mereka makan babi. Jadi mengapa tidak beri peluang untuk mereka mendapatkan daging babi, dan selain daripada itu, kemudahan yang lebih baik dalam menternak babi?

Kedua, bagi agama Islam, babi diharamkan. Mufti kita telah memberi penjelasan yang cukup baik mengenainya. Tentulah ianya haram bagi orang Islam, tetapi membenarkan orang (penganut agama) lain makan babi tidak dilarang. Bagi saya, ia menjadi obligasi pihak berkuasa Islam, seperti saya yang mentadbirkan negeri ini, memberi peluang yang saksama kepada bukan Islam untuk menikmati apa juga dalam ruang lingkup batasan moral dan etika di negeri ini.

Tetapi dari apa yang saya dapat lihat, orang Islam tidak melampau dalam isu ini. Bantahan yang kita lihat itu, saya rasa, telah diperbesar-besarkan, terutama oleh Umno. Bila kita menerangkan bahawa ianya adalah projek Umno dan orang Umno terbabit secara langsung dalam projek ini, sekarang saya rasa masalah ternakan babi tidak lagi menjadi isu besar. Jika Umno terus menerus memainkan isu tersebut, saya rasa mereka sendiri yang akan menanggung akibatnya, bukan kita.

Baca berita lanjut

ADS