Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tajol Rosli didesak letak jawatan
Diterbitkan:  Apr 27, 2008 9:01 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Umno bahagian Kampar telah menghantar petisyen kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali meminta beliau meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas sebagai ketua.

Petisyen berkenaan ditandatangani 111 wakil jawatankuasa bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri serta ketua-ketua cawangan dalam satu mesyuarat khas baru-baru ini.

Setiausaha Umno bahagian itu, Abdul Rahman Md Som berkata salinan petisyen itu telah dihantar kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku presiden Umno.

tajol rosli 170805 Bernama melaporkan, pada 14 April lalu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Mohd Radzi Manan membuat kenyataan terbuka mendesak Tajol Rosli (kiri) meletakkan jawatannya secepat mungkin bagi membolehkan Umno Perak dipimpin oleh ketua yang lebih bersemangat.

Abdul Rahman berkata petisyen itu turut menyatakan Umno Kampar kesal kerana bekas menteri besar Perak itu tidak mengambil inisiatif selaku pemimpin untuk merangsang semangat ahli parti selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Dalam keadaan yang amat meruncing pada masa ini, semua ahli kini tertekan kerana ketiadaan hala tuju dan pelan tindakan yang tegas supaya Umno Perak bangkit semula dalam masa yang terdekat," katanya dalam sidang akhbar selepas satu majlis perjumpaan kira-kira 500 pemimpin pelbagai peringkat Umno bahagian

Kampar di Changkat Tin hari ini.

ADS