Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baiki kebocoran parlimen 7 minggu
Diterbitkan:  May 8, 2008 3:20 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Kerja membaik pulih keseluruhan 30 saluran air yang menyebabkan kebocoran di laluan ruang legar parlimen semalam, akan dimulakan esok.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed ia dijangka siap dalam masa tujuh minggu.

Katanya, tempoh masa itu diperlukan kerana kerja-kerja pembaikan hanya akan dilakukan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dalam seminggu kerana parlimen bersidang pada hari lain.

Menurut Bernama, kebocoran air di laluan ruang legar Dewan Rakyat, katanya, dikenalpasti berlaku pada sambungan saluran paip hujan di bawah lantai bumbung yang menyebabkan air menitis keluar melalui geriji saluran penyaman udara.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, Mohd Zin berkata kebocoran itu berlaku apabila hujan lebat kerana air tersekat di sambungan paip hujan yang bengkang-bengkok, yang tidak pernah ditukar sejak 46 tahun lalu, menyebabkan takungan air keluar.

Jabatan Kerja Raya (JKR), katanya akan menggantikan sambungan bengkang-bengkok itu dengan saluran sementara mulai esok.

Insiden yang hampir sama pernah berlaku pada April 2005 di mana bumbung Parlimen bocor ketika Dewan Rakyat sedang bersidang ekoran kesilapan teknikal iaitu penutup kabel elektrik pada bahagian bumbung Dewan Rakyat menghalang pengaliran air hujan, yang kemudiannya masuk ke dalam dewan.

Rata-rata anggota Parlimen, daripada parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat, yang ditemui semalam kesal dengan kejadian kebocoran itu dan mahu masalah itu dibaiki dengan segera.

ADS