Zahid: BN belum pernah rancang 'ke arah lebih jauh' dengan PN
BN belum merancang untuk membentuk kerjasama atau persefahaman politik dengan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid bagaimanapun, berkata BN akan mengadakan perbincangan dengan PN apabila tiba masanya, selepas formula kerjasama politik antara kedua-dua gabungan itu terbukti membawa kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka.
"Apa yang kita lalui, khususnya untuk (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka adalah tafahum siyasi atau kesefahaman politik.
"Kita belum pernah merancang untuk ke arah yang lebih jauh lagi tetapi jika tiba masanya dan keadaan memerlukan, kita akan duduk bersama-sama," katanya seperti dilapor Berita Harian.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Brickfields, hari ini.
Semalam BN dan PN memenangi 24 daripada 28 kerusi pada PRN Negeri Melaka, sekali gus berjaya membentuk majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.
/file/attachments/orphans/ml1_621226.jpg)
Kedua-dua gabungan itu sebelum ini turut berjaya membentuk majoriti dua pertiga pada PRN Negeri Sembilan apabila memenangi 25 daripada 36 kerusi DUN.
Terdahulu, Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya 'penyandang' diberi keutamaan dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi antara BN dan PN bagi menghadapi PRU16.
Ditanya sama ada dia akan memohon pembubaran Parlimen sekali lagi bagi memberi laluan kepada PRU16, Ahmad Zahid, berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempunyai hak dan mandat untuk melakukannya.
BN tidak bertanding di Sarawak
Sementara itu, portal yang sama melaporkan Ahmad Zahid berkata BN tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 bulan depan.
Katanya, keputusan itu selaras dengan persefahaman antara Umno dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
"BN tidak ada niat untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN di Sarawak kerana inilah persefahaman antara Umno dan PBB.
"Umno dan BN tidak pernah berhasrat untuk meletakkan mana-mana calon dalam PRN di Sarawak," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg berkata, senarai 82 calon gabungan itu akan diumumkan pada 25 November.
Menurut laporan, senarai berkenaan merangkumi calon daripada keempat-empat parti komponen GPS iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/ZahidHamidi1_597968.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.