Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GPMS lancar blog Daulat Tuanku, SMS
Diterbitkan:  May 22, 2008 10:55 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) melancarkan laman blog dan khidmat SMS untuk orang ramai terutama golongan belia, menyuarakan pandangan berhubung isu yang berkaitan perpaduan kaum di negara ini.

Timbalan Presiden GPMS Syed Anuar Syed Mohamad berkata kewujudan blog yang dinamakan Daulat Tuanku dan SMS itu adalah berikutan rasa tanggungjawab GPMS terhadap beberapa isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.

gpms daulat tuanku blog website 220508 "Blog dan SMS ini bertujuan memberi ruang kepada semua kaum terutama golongan belia memberi pandangan terhadap isu berkaitan perpaduan kaum sebagai tanda pendirian mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman blog itu semalam.

Menurut laporan Bernama, orang ramai yang mempunyai pandangan atau komen mengenai sebarang isu semasa yang melibatkan perpaduan kaum di negara ini, boleh menyuarakan pendapat menerusi lamanweb www.daulattuanku.blogspot.com atau menerusi SMS dengan menaip DT <Jarak> Nama <Jarak> No.K/P <Jarak> Pendapat/Komen dan hantar ke 32728.

Setiap SMS akan dikenakan caj 50 sen dan GPMS akan memberikan maklumbalas dengan kadar segera pada sebarang pertanyaan daripada orang ramai, katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas pandangan GPMS sebagai sebuah badan bukan kerajaan mengenai keadaan politik negara, Syed Anuar berkata: "Kami yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan biarlah mereka yang menyelesaikan masalah dalam parti mereka".

ADS