Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tuntut janji Anwar turunkan harga minyak
Diterbitkan:  Jun 9, 2008 2:39 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mencabar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menjelaskan langkah-langkah yang beliau akan ambil untuk menurunkan harga minyak yang naik mendadak minggu lalu.

koh swe yong Naib presiden PRM Koh Swe Yong mengulas kenyataan Anwar bahawa apabila "Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan pusat, pasti akan menurunkan harga minyak" dan jika "Pakatan tidak menunaikan janji-janji, menurunkan harga minyak, beliau akan meletakkan jawatan."

Beliau mencabar Anwar mengumumkan harga minyak akan diturunkan oleh Pakatan "kerana menurunkan harga 5 sen atau 20 sen pun, (boleh disebut) turun harga juga."

Koh juga berkata Anwar sebagai pendukung ekonomi pasaran bertentangan dengan konsep menjaga kebajikan rakyat seperti disebarkan oleh parti pembangkang.

Untuk mengelakkan kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sebagai semata-mata "cakap-cakap politik", katanya lagi, Anwar harus segera mengarahkan Selangor yang dikuasai oleh Pakatan untuk menunaikan janji-jani manifesto pilihanraya umum.

Manifesto itu, antaranya, menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan memberi wang saguhati seribu ringgit kepada pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

"Sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak melaksanakan janji-janji pilihanraya umum itu, kerajaan negeri Selangor harus meletakkan jawatan sebagai tanda maaf kepada pengundi Selangor," kata Koh dalam satu kenyataan.

"Perbuatan di atas dapat membuktikan kini apa yang dikatakannya adalah benar, bukan cakap-cakap politik."

ADS