Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Berikut catatan ringkas laporan awal perhimpunan Pemuda Pakatan Rakyat membantah kenaikan mendadak harga minyak dari Kampung Baru ke Kompleks Pertama-Sogo selepas solat Jumaat hari ini.

>>> Tonton video perarakan di sini .

>>> Lihat peta perarakan di sini (Rancangan asal di bawah).

3.20 petang Polis memberitahu Malaysiakini , tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.

Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan kemudiannya bersurai di situ.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 3.00 petang Sekumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS. Mereka masih diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.

2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.

Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.

2.45 petang Ketua angkatan muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Salahuddin menjanjikan satu perhimpunan yang lebih besar bagi membantah kenaikan harga minyak.

"Rakyat akan berhimpun (lagi) 5 Julai," katanya. "Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa. Marilah kita jatuhkan Umno dan BN."

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 03 Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."

2.37 petang Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama-Sogo dan beberapa ratus duduk, berkumpul, di atas jalan.

Lalu lintas menuju simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi terhenti.

2.30 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Kompleks Pertama-Sogo, dipercayai untuk mengelak bertembung dengan polis.

Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

2.23 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di kawasan Chow Kit, dan mula bergerak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perarakan dipimpin ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 02 2.11 petang Kira-kira 1,000 orang mula bergerak ke sepanjang Jalan Raja Alang, tidak meneruskan perjalanan seperti dijadualkan di Jalan Raja Abdullah susulan sekatan sekumpulan anggota polis FRU.

2.00 petang Solat selesai, ahli-ahli jemaah keluar masjid dengan slogan-slogan "turunkan harga minyak" dan mengecam perdana menteri.

1:45 tengahari Orang ramai sesak di dalam dan luar masjid, dijangkakan jumlah mereka kira-kira 3,000.

1.20 tengahari Imam Masjid Kampung Baru menasihatkan para jemaah supaya jangan berkumpul dalam kawasan masjid.

1.00 tengahari Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, dan timbalannya Nasaruddin Tantawi tiba untuk bersembahyang Jumaat di majlis Kampung Baru.

Turut hadir, ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sebelum ini, kira-kira 60 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya mulai jam 11.15 pagi ini ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengadakan perarakan ke Suria KLCC bagi membantah kenaikan harga minyak.

kampung baru klcc petrol price hike protest 130608 01 Dua buah trak kecil yang masing-masing membawa lapan anggota tiba kira-kira jam 11.15 pagi manakala sebuah lagi trak besar yang membawa kira-kira 15 anggota tiba di situ kira-kira lima minit kemudiannya.

Manakala empat lagi trak bersama kira-kira 30 anggota FRU tiba sejurus kemudiannya.

Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air yang ditempatkan di Jalan Raja Abdullah.

12.40 tengahari Kira-kira 40 anggota polis kelihatan sedang bergerak dari Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Abdullah.

Lagi anggota FRU kelihatan bergerak dengan trak ke Jalan Raja Alang.

Di dalam kawasan masjid, kelihatan sekumpulan 30 orang, termasuk tiga daripadanya memakai baju-T berwarna hijau bertulis Pakatan Rakyat.

Difahamkan perhimpunan dan perarakan hari ini dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Keadaan di sekitar masjid kelihatan seperti biasa. Walaupun terdapat ramai anggota polis di situ, gerai-gerai di tepi jalan dibuka seperti biasa.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal di persimpangan Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang, tetapi orang ramai boleh lalu lalang di situ menuju ke masjid.

Sementara tujuh trak FRU, serta sebuah trak meriam air telah ditempatkan di kawasan di belakang KLCC .

Manakala sepuluh lagi anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk utama KLCC.

bantahan harga minyak 13 jun 120608

Semalam, ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu minggu lalu.

Beliau juga dilaporkan berkata, jika perlu, polis akan menutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan masjid.

Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.

Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.

>>> Tonton video perarakan di sini .

ADS