Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penganjur perarakan membantah kenaikan harga minyak hari ini menukar rancangan asalnya untuk berarak dari Kampung Baru ke KLCC setelah polis bertindak menutup laluan ke sana.

"Setelah berbincang dengan rakan-rakan dan badan bukan kerajaan (NGO) kita mengambil pelan B iaitu berarak ke kompleks membeli-belah Sogo," kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 33 Sebelum itu, polis menutup Jalan Raja Abdullah yang menuju ke Jalan Sultan Islam dan seterusnya ke KLCC.

Ekoran itu, penganjur terpaksa meneruskan perarakan melalui Jalan Raja Alang menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di Chow Kit dan seterusnya menuju ke Sogo.

Salahuddin (foto, kiri) yang juga ahli parlimen Kubang Kerian memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS selepas selesai perarakan pada jam 3.20 petang.

Perarakan, yang disertai kira-kira 2,000 orang itu, bermula di masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang tadi.

Ia dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Di Sogo, mereka mendengar ucapan para pemimpin Pakatan sebelum bergerak ke ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut dan seterusnya bersurai dari situ.

Banyak lagi protes

Salahuddin berkata, jika kerajaan masih tidak menurunkan harga minyak, rakyat akan terus mengadakan bantahan.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 raja laut Beliau menambah, pihaknya akan menganjurkan beberapa perhimpunan rakyat sebelum perhimpunan besar-besaran di KLCC pada 5 Julai depan.

Katanya, perhimpunan itu perlu kerana rakyat berasa tertekan dengan kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barangan turut meningkat.

Ketika diminta mengulas mngenai perhimpunan hari ini, ahli parlimen itu berkata: "Saya telah memberi jaminan perhimpunan ini aman."

Dalam sidang akhbar yang sama, ahli jawatankuasa PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, pemimpin Pakatan akan menemui orang ramai di seluruh negara bagi menjelaskan isu kenaikan harga minyak mulai Ahad ini.

"Kita akan bermula di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Pemimpin-pemimpin utama Pakatan akan menyampaikan ceramah," katanya.

Mereka termasuklah ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kita menjangkakan puluhan ribu rakyat akan menghadiri program tersebut," katanya sambil menambah program itu dikendalikan oleh Pakatan Rakyat.

ADS