Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Duit S'gor masuk akaun PKR
Diterbitkan:  Jun 23, 2008 3:00 PM
Dikemaskini: Jun 24, 2008 5:30 AM

kemaskini 8:02pm Menteri Besar Selangor hari ini mengakui wujud sumbangan derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu yang dimasukkan ke dalam akaun PKR.

"Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas dakwaan Mohamad Ezam Mohd Nor.

selangor govt pig issue 090408 khalid Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu mendakwa kutipan wang bagi penganjuran majlis sambutan itu telah dipindahkan ke dalam akaun parti tersebut.

Abdul Khalid (foto) berkata wang kutipan itu "tidak seberapa jumlahnya" dan akan dibekukan.

Mengulas dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat bertelagah dalam isu ini, beliau berkata exco hal-ehwal agama Datuk Dr Hassan Mohamed Ali telah dijelaskan kedudukan sebenarnya.

"Saya fikir beliau menerima keadaan ini yang memerlukan kita bekerjasama," kata Abdul Khalid.

Jelasnya lagi, selain Dr Hassan yang juga pesuruhjaya PAS negeri, jawatankuasa sambutan 100 hari itu turut melibatkan pegawai khas menteri besar Yahya Sahri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Tambah Abdul Khalid, ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada kerajaan negeri.

"Satu-satunya insiden malang ialah, kutipan dan pemindahan dana ke dalam akaun Parti Keadilan (Rakyat).

"Ia seharusnya dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya," katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Beliau akan menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan dan bertanya sama ada mereka menerima tekanan untuk menyumbang untuk sambutan itu.

Beliau sebelum itu mengumumkan tindakan penggantungan jawatan Yahya, yang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa, selama dua bulan berkuatkuasa serta-merta hari ini.

ADS