10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Rais: Anwar tidak dijemput duta Turki
Jun 30, 08 6:12pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berlindung di kediaman Duta Turki di Kuala Lumpur, tidak pernah dijemput ke rumah diplomat tersebut dan ketua umum PKR itu juga tidak memohon perlindungan politik dari kerajaan Turki, kata Menteri Luar Datuk Seri Rais Yatim.

Rais berkata, duta itu menjelaskan Anwar datang ke rumahnya bukan kerana diundang dan beliau mahu penasihat Parti Keadilan Rakyat itu segera meninggalkan premis itu.

"Mereka bimbang kehadiran ini memberi isyarat yang tak betul. Kerajaan Malaysia terima penjelasan ini. Anwar berada di rumah duta itu bukan bagi mendapatkan perlindungan politik tetapi sebagai tetamu.

"Tempoh belum sampai 24 jam. Jika dia berada di situ lebih lama, kita harus ambil pendirian lain. Isu perlindungan politik tidak timbul," kata Rais selepas menemui Duta Turki ke Malaysia, Barlas Ozener, di Wisma Putra hari ini, demikian menurut laporan Bernama


Sabtu lalu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, seorang pembantu Anwar, membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu di sebuah kondominium di Damansara
 Heights pada 26 Jun lalu.

Pada awal pagi Ahad, Anwar berlindung di kediaman Duta Turki itu dengan alasan bimbang mengenai keselamatan kerana mendakwa mendapat ancaman bunuh awal minggu lalu.

Dalam blognya semalam, Anwar menyatakan beliau mendapat perlindungan di Kedutaan Turki setelah dijemput oleh duta negara itu.

Hormati undang-undang M'sia
    
Rais berkata Anwar berada di situ "atas dasar perikemanusiaan" tetapi "sampai  bila, saya tak tahu."
    
Katanya Anwar tidak perlu bertindak sedemikian kerana beliau bukannya hendak ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Ordinan Darurat.
    
Rais berkata beliau telah memberitahu Duta Turki mengenai pendirian kerajaan Malaysia bahawa undang-undang negara ini perlu dihormati.
    
"Jika apa yang dilakukan oleh kedutaan ini dilakukan juga oleh kedutaan lain, banyak masalah akan timbul.
    
"Jika laporan dibuat terhadap seseorang dan orang itu enggan menghadapi tuduhan atau enggan membiarkan polis menyiasatnya, dia akan lari ke mana-mana kedutaan. Ini akan menjadikan undang-undang kita tidak berkesan," katanya.

Rais berkata Anwar menggunakan Kedutaan Turki untuk mendapatkan perhatian dan simpati masyarakat antarabangsa kerana soal ancaman kepada keselamatan dirinya tidak timbul sama sekali.

"Duta itu mahu dia meninggalkan kawasan itu secepat mungkin kerana bimbang kehadirannya itu memberikan isyarat yang salah. Sehingga ini, polis tidak dibenarkan masuk untuk mendapatkan keterangan Anwar.

Jamin beri kerjasama

"Kawasan kedutaan adalah kawasan berkecuali dan kita menghormatinya. Kita akan tunggu sehingga dia keluar dalam sehari dua ini," katanya.
    
Ini merupakan pertama kali dalam sejarah negara ini seorang pemimpin politik tempatan mendapatkan perlindungan di sebuah kedutaan atas alasan keselamatan
dirinya.

Rais berkata Duta Turki itu memberi jaminan tidak akan membenarkan Anwar berada di kediamannya untuk satu tempoh yang lama.
    
Rais berkata Malaysia tidak akan menghantar sebarang nota bantahan kepada Ankara berhubung kejadian itu.
    
Katanya Duta Turki memberi jaminan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan perkara itu.
    
Rais berharap Anwar akan keluar dari kedutaan itu bagi mempertahankan dirinya daripada tuduhan yang dibuat dalam laporan polis itu.
    
"Dia tak seharusnya menggunakan kedutaan untuk tujuan peribadinya," kata Rais.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner