ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  Top 26 Sexiest Cartoon Babes
  Eeek! A Penis!!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Nasha: Kenapa tak boleh dekati Umno?
Aug 13, 08 11:40pm
Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengingatkan bahawa ahli parti itu yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura berhubung isu muzakarah dengan Umno adalah melanggar disiplin parti, demikian menurut laporan Bernama.

nasharuddin mat isa 04Agensi berita nasional itu melaporkan beliau berkata, kepimpinan PAS sedar ramai di kalangan ahlinya yang tidak bersetuju dengan tindakan PAS mengadakan muzakarah dengan musuh tradisinya sejurus selepas pilihanraya umum  lalu, katanya.

Tambahnya, isu muzakarah perlu dijelaskan oleh pemimpin tertinggi parti itu bagi memastikan ahli memahami sepenuhnya isu tersebut dan tidak lagi tertanya-tanya kenapa PAS mengadakan pertemuan dengan Umno.

"Peraturan kita didasari al-Quran dan as-Sunnah, jangan ada di antara kita yang kata al-Quran itu lain dan politik lain.
    
"Ahli-ahli kena bertenang dan menerima apa yang berlaku ini dengan patuh.

"Tidak sedarkah bahawa kita melanggar disiplin parti dengan tidak bersetuju dengan keputusan itu," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-49 di Stadium Indera Mulia di Ipoh malam ini.

Nasharuddin berkata dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.
    
"Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno?

"Pimpinan kita mengadakan perjumpaan dengan Umno atas keputusan Syura Ulama, tidak ada yang pergi ambil kesempatan untuk kembungkan poket atau runding kerusi dan jawatan.
    
"Kita pergi jumpa Umno untuk beritahu mereka syiar Islam sebenar... Islam pun ajar kita supaya berunding, dalam perang pun kalau musuh nak berunding, kita dibenar berunding," katanya.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner