Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Risikan terbaru Barisan Nasional (BN) menunjukkan sehingga semalam, calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat kira-kira 20,000 undi.

lee chong wei olympian liow tiong lai arif shah permatang pauh by election 210808 04 Menurut Arif Shah, beliau memerlukan 28,000 undi untuk menang dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

"Jika trend ini berkekalan, saya akan menang dengan majoriti tipis," katanya ketika ditemui di majlis meraikan sambutan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei di Bukit Mertajam semalam.

Dalam pilihanraya kecil itu, Arif berdepan dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamad.

Arif Shah berkata, perkembangan terbaru menunjukkan para pengundi menyebelahi beliau berbanding dengan Anwar.

Bagaimanapun, katanya, beliau lebih suka dilihat sebagai 'underdog' berbanding Anwar.

Permatang Pauh mempunyai 58,459 undi. Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 30,348 undi, menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Pirdaus mendapat 16,950 undi.

Arif Shah berkata, peluang untuknya menang cerah kerana jumlah ahli BN yang ramai di Permatang Pauh.

Mengenai kempen, beliau berkata, beliau menumpukan perhatian kepada kawasan di mana pihak pembangkang banyak menyentuh serangan peribadi terhadapnya.

"Kita banyak petugas pilihanraya dari seluruh negara dan mereka menjalankan kempen di kawasan yang saya tidak sempat lakukan," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di majlis tersebut, Arif Shah berkata, pengundi Permatang Pauh perlu menolak Anwar kerana tokoh pembangkang itu tidak mempunyai masa untuk membantu penduduk kawasan tersebut.

"Anwar mahu menjadi perdana menteri menyebabkan masanya dihabiskan di Kuala Lumpur dan bagaimana hendak berkhidmat kepada orang Permatang Pauh," katanya.

ADS