Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah kembali bertugas hari ini selepas bercuti sejak sebelum pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Menurut Imam Besarnya, Abdul Malek Salleh, Ramlang (foto) datang bertugas pagi tadi.

ramlang porigi Ketika ditemui di masjid berkenaan, Malek memberitahu Malaysiakini bahawa bahawa Ramlang telah pergi bertemu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut.

Pagi tadi, peguamnya, Ahmad Nizam Hamid juga mengesahkan bahawa Ramlang akan kembali bertugas hari ini.

Keputusan itu, tambah Ahmad Nizam, diberitahu imam kelahiran Sabah itu kepadanya dalam pertemuan mereka Sabtu lalu.

"Perkara itu juga dibuat atas kehendak beliau sendiri. Kita menghormatinya," katanya.

Sebelum ini, Ramlang bercuti hingga Selasa lalu, telah tetapi menyambungkan cutinya hingga hari Jumaat keana masih bimbangkan keselamatan dirinya jika kembali bertugas.

Pada 15 Ogos lalu, Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun.

Ramlang termasuk empat orang imam yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Saiful itu.

Ketika muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat 24 Ogos lepas, dua hari sebelum hari pengundian, imam itu meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful it tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

ADS