HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Najib dan Muhyiddin dahului pencalonan
Okt 11, 08 5:42pm
Sehingga hari ini, selepas tiga bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tiga pencalonan bagi jawatan presiden.

muhyiddin yassin and najib and umnoManakala Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendapatkan tiga pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Sehingga ini, tiada pemimpin lain yang dicalonkan untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno itu.

Bagi jawatan presiden, Najib memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan manakala Muhyiddin pula memerlukan sekurang-kurangnya 38 pencalonan.

Di samping itu, enam pemimpin Umno mula mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.

Bagaimanapun mereka masing-masing memerlukan 19 pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

jumlah pencalonan naib presidenMereka ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah mendapat tiga pencalonan, diikuti oleh Datuk Seri Khalid Nordin dengan dua pencalonan).

jumlah pencalonan naib presidenManakala Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shafie Apdal masing -masing mendapat satu pencalonan.

Bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing ialah Machang dan Kimanis semalam dan Besut hari ini.

Sementara itu, bahagian Besut yang bermesyuarat hari ini turut memilih Najib dan Muhyiddin masing-masing untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula, Besut mencalonkan Hishammuddin, Khalid dan Shafie.

Kira-kira 25 bahagian lagi akan mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing esok.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner