Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua Wanita: Shahrizat perlu 7 pencalonan lagi...
Diterbitkan:  Oct 19, 2008 1:38 PM
Dikemaskini: 5:42 AM

Sehingga malam tadi, Naib Ketua Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil mendapatkan 32 pencalonan untuk jawatan ketua Wanita.

Sejumlah 17 bahagian Wanita lagi mencalonkan Shahrizat untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu Mac depan.

Ini bermakna beliau memerlukan tujuh lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan tersebut.

shahrizat abdul jalil Shahrizat dijangka mendapat pencalonan mencukupi apabila sebahagian lagi bahagian Wanita Umno selesai bermesyuarat hari ini.

Sehingga malam tadi, 103 daripada 191 Wanita Bahagian telah selesai bermesyuarat.

Perkembangan tersebut cukup menarik kerana mengikut rancangan peralihan kuasa dalam pergerakan tersebut, penyandang jawatan ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz bersetuju menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat Jun depan.

Sementara itu, Shahrizat dan Rafidah masing-masing mendapat 13 pencalonan untuk mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua.

Mereka mendapat pencalonan dari Bahagian Jasin, Ledang, Bakri, Arau, Bera, Labis, ekijang, Tapah, Lenggong, Kepong, Kuala Langat, Selayang, Kuala Langat dan Hulu angat menjadikannya keseluruhan 71 pencalonan.

Persaingan bagi jawatan naib ketua Wanita pula menyaksikan Ketua Wanita Bahagian Kuala Kangsar Datuk Kamilia Ibrahim kini mengumpulkan 24 pencalonan.

Sehingga malam tadi, beliau mendapatkan pencalonan tambahan daripada 15 bahagian Wanita di seluruh negara.

Manakala Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said mengumpul lima pencalonan dan Ketua Wanita Johor Datuk Halimah Mohamed Sadique (dua pencalonan).

Sementara itu, seorang lagi exco Wanita, Dr Norraesah Mohamad turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib ketua.

Beliau dicalonkan oleh Wanita bahagian Marang yang bermesyuarat semalam.

ADS