Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib maafkan Malaysiakini
Diterbitkan:  Oct 22, 2008 11:13 AM
Dikemaskini: 7:01 AM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpuashati dengan pemohonan maaf Malaysiakini berhubung laporan mengenai manifesto yang tersalah dikaitkan dengannnya.

Beliau juga memuji wartawan Wong Choon Mei - yang menulis laporan tersebut - kerana menunjukkan 'nilai-nilai profesional yang tinggi' kerana bersedia bertanggungjawab terhadap kesilapan tersebut. Beliau meletak jawatan semalam.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen selepas menjawab soalan di Dewan Rakyat, Najib yang juga menteri kewangan berkata, beliau puas hati dengan permohonan maaf Malaysiakini .

Bagaimanapun, katanya, persoalan yang belum terjawab ialah siapakah pihak-pihak sebenar yang bertanggungjawab di sebalik berita tersebut.

"Mereka masih bersembunyi dan kita masih tidak tahu siapakah mereka," kata Najib yang juga timbalan presiden Umno.

Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan siapakan mereka yang bertanggungjawab itu.

ADS