Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

6.25 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-53 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Labuan yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

bm version umno youth 2009 nominations update 4 42 pm 311008 4.15 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-51 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tampin, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

2.55 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat dua lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kuala Pilah dan Kota Raja. Dengan ini, Mukhriz kini mendapat 68 pencalonan.

Bagi naib ketua, Kuala Pilah dan Kota Raja mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

2.30 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kini memperolehi 52 pencalonan selepas mendapat empat lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda, sehingga jam 2.30 petang ini.

Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Tanjung Malim, Puchong, Kulim-Bandar Baru dan Teluk Kemang.

Bagi jawatan naib ketua, Tanjung Malim, Puchong dan Teluk Kemang mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

Manakala Kulim-Bandar Baru dan Kota Baru mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Manakala Khairy Jamaluddin pula mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Kota Bharu jumlah jumlah pencalonan untuk ahli Parlimen Rembau itu ialah 50 setakat ini.

Sementara itu, seorang pegawai Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan bahawa jumlah pencalonan yang diterimanya setakat ini ialah 66 dan bukannya 70 seperti yang dilaporkan media.

Hari ini, ahli Parlimen Jerlun yang jauh meninggalkan calon-calon lain, masih belum mendapat sebarang pencalonan.

Untuk jawatan naib presiden pula, Razali kini memperolehi 84 pencalonan manakala Reezal mendapat 77 pencalonan.

ADS