Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Beli undi jejaskan peluang Umno menang p'raya

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli-ahli Umno bahawa perbuatan calon-calon menggunakan wang untuk membeli undi dalam pemilhan parti itu akan menjejaskan peluang Umno dalam pilihanraya umum akan datang.

mahathir perdana forum bangsa malaysia 121108 02 Katanya, semua orang tahu yang pemimpin Umno menggunakan wang untuk terpilih memegang jawatan parti.

Bagaimanapun, katanya, bukan kesemua pemimpin Umno itu menggunakan wang untuk menang dalam pemilihan parti.

Namun, tambah Dr Mahathir, majoriti daripada mereka berbuat demikian.

Katanya, mereka boleh menjadi pemimpin dalam Umno tetapi rakyat tidak akan memilih orang yang rasuah dalam pilihanraya umum nanti.

Dr Mahathir memberita pemberita demikian selepas menyampaikan ucaptamanya mengenai Bangsa Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Baca berita penuh

ADS