Naib: Kamilia menang tanpa bertanding
Muda Mohd Noor
Nov 20, 08
6:13pm
Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini untuk bertanding jawatan ketua Wanita Umno hari ini bermakna exco Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim akan menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua pergerakan tersebut.

kamilia ibrahimShahrizat dan Kamilia adalah dua calon yang melepasi kelayakan minima untuk bertanding jawatan naib ketua. Kamilia (foto) mendapat 55 pencalonan.

Shahrizat mengumumkan keputusannya untuk bertanding mencabar Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan petang ini.

Shahrizat merupakan naib ketua Wanita dan penasihat hal ehwal pembangunan wanita dan sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau akan berdepan dengan Tan Sri Rafidah Aziz, tokoh ketua Wanita yang paling berkhidmat selama 21 tahun, sekiranya ahli parlimen Kuala Kangsar itu tetap mahu mempertahankan jawatan tersebut.

Pengumuman Shahrizat itu menjawab teka-teki selama ini sama ada beliau akan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.

Ini berikutan desakan supaya Rafidah supaya mempercepatkan peralihan kuasa dari Jun kepada Mac depan.

Bagaimanapun, mesyuarat exco Wanita baru-baru ini memutuskan supaya pelan peralihan kuasa kekal pada Jun tahun depan dan tiada pertandingan bagi jawatan ketua dan naib ketua.

Bagaimanapun Kamilia bertegas akan tetap bertanding jawatan tersebut.

Dalam kenyataan dua perenggan itu, Shahrizat menegaskan bahawa Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan.

Selepas 191 bahagian selesai mesyuarat awal bulan ini, Shahrizat memperolehi cukup pencalonan untuk bertanding jawatan ketua.

Penyandang jawatan tersebut Tan Sri Rafidah Aziz memperolehi 117 pencalonan, manakala Shahrizat mendapat 73 pencalonan.

Malah, sebahagian bahagian yang mencalonkan Rafidah pun kini beralih sokongan kepada Shahrizat.

Menurut exco pergerakan itu, Raja Ropiah Raja Abdullah, lebih 100 bahagian menyokong gabungan Shahrizat-Kemila bertanding jawatan ketua dan naib ketua Wanita Umno Mac ini.

Katanya, sekurang-kurangnya lima negeri memberi sokongan penuh kepada Shahrizat untuk mencabar penyandang Rafidah.

Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner