Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah tidak berhasrat keluar dari Umno untuk menyertai parti lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

arif shah omar shah Menurutnya, perkara itu dinyatakan oleh Arif Shah kepadanya dalam pertemuan mereka semalam.

Beliau berkata, Arif telah memperjelaskan kepadanya bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai parti lain.

"Dia juga akan kekal sebagai ahli Umno dan menjadi wakil rakyat Umno," kata Abdullah malam ini.

Perdana menteri memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.

Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa dengan tindakan Ketua bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid dan Umno bahagian itu yang didakwanya seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno.

Arif shah yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, dilaporkan berkata beliau dipelawa menyertai PKR selepas mendakwa diketepikan oleh Abdul Jalil.

Arif Shah juga kalah kepada Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, November lalu.

Manakala Abdul Jalil pula menafikan dakwaan Arif Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.

Manakala Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim pula berkata, pihaknya akan mendengar penjelasan dua pemimpin kanan Umno Permatang Pauh itu berhubung pertelagahan antara mereka.

Azhar berkata, beliau sudah berjumpa dengan Abdul Jalil semalam dan akan akan menemui Arif Shah selepas ini.

anwar ibrahim 02 060207 Sementara itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Arif Shah ditawarkan jawatan penting dalam kerajaan Pulau Pinang bagi merangsangnya meninggalkan Umno.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, beliau menafikan beberapa laporan media yang menyebutkan wakil rakyat BN itu ditawarkan jawatan timbalan ketua menteri, sekarang disandang wakil rakyat PKR Mohammad Fairus Khairuddin.

Mengulas tindakan terhadap wakil rakyat Penanti, satu kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang dikuasai Anwar, yang dianggap tidak berprestasi memuaskan, Anwar berkata Mohammad Fairus telah ditegurkan dan dikenakan tindakan sewajarnya.

ADS