Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kesemua 27 tujuh remaja bawah umur yang menyertai kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" yang ditahan di balai polis Rawang semalam, telah dibebaskan pada jam 2 petang tadi.

jerit ride for change rawang police station standoff 161208 07 Ketika mereka melangkah keluar bersama-sama ibubapa dan penjaga masing-masing yang datang untuk membawa mereka pulang, mereka disambut dengan sorakan riang oleh kira-kira 30 penyokong yang menunggu di luar balai polis berkenaan.

Semalam, kumpulan berbasikal gabungan akar umbi Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang tiba dari negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak, ditahan ketika berbasikal ketika tiba di Rawang kerana didakwa menyertai perarakan haram.

Menurut polis, kumpulan seramai 29 orang dewasa dan 27 remaja bahawa umur telah dibawa ke balai polis pada kira-kira jam 5 petang kerana pihak penganjur gagal mendapat permit untuk berbasikal secara berkumpulan menerusi pekan Rawang.

Polis juga menuduh pihak penganjur menyalahguna penunggang bawah umur - ramai daripada mereka berusia kurang 18 tahun - dan mereka disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis serta Seksyen 32(b) Akta Kanak-Kanak.

Antara yang ditahan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nie dan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar.

Baca berita penuh

ADS