Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wan Farid nafi beri wang pada wartawan
Diterbitkan:  Jan 17, 2009 10:29 AM
Dikemaskini: 8:47 AM

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menafikan beliau terlibat dalam memberikan wang kepada dua wartawan sebuah lamanweb di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, petang semalam.

kuala terengganu by election wan farid interview 130109 01 Beliau berkata dalam tempoh pilihanraya kecil sekarang, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan untuk memburukkan peribadinya.

"Saya tidak ada wang untuk ditawar kepada sesiapa...itu bukan saya punya. Anda tahu orang boleh buat apa sahaja terutamanya dalam pilihanraya kecil apabila anda menjadi perhatian.

"Yang pasti ia bukannya daripada Barisan Nasional...saya boleh pastikan. Itu bakan wang saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di Kuala Terengganu hari ini, lapor Bernama.

kuala terengganu by election 170109 polling wan farid 02 Beliau yang ditemani isterinya, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum ketika bertemu para pengundi di sekolah berkenaan selepas mengundi pada jam 8.02 pagi.

Wan Ahmad Farid menegaskan beliau mahu menang pilihan raya kecil ini dengan cara adil tanpa bersubahat dengan sesiapa atau melakukan yang menyalahi undang-undang.

Semalam, dua wartawan lamanweb berbahasa Mandarin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mendakwa diberikan satu sampul surat berisi wang ketika berada di pusat media berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS