Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
79.3% keluar mengundi
Diterbitkan:  Jan 17, 2009 12:02 PM
Dikemaskini: 1:46 PM

Seramai 79.3 peratus pemilih dkeluar mengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini.

kuala terengganu by election 170109 polling day wheelchair

Sebanyak 144 saluran di 36 pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi ini. Seramai 80,229 pengundi layak mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Cuaca baik di seluruh kawasan Kuala Terengganu sepanjang proses pengundian berjalan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan 90 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka.

Manakala 6,000 anggota polis dilaporkan bertugas sepanjang pilihan raya kecil ini.

Proses pengundian yang melibatkan 80,229 pengundi berdaftar termasuk 1,302 undi pos yang terdiri daripada anggota polis dan tentera, mula dibuka pada jam 8 pagi ini.

Calon mengundi awal

kuala terengganu by election 170109 polling wan farid 02 Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut antara yang terawal mengundi di pusat mengundi

masing-masing pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Farid yang ditemani isterinya, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab, menunaikan tanggungjawabnya di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di Kuala Terengganu pada jam 8.02 pagi.

kuala terengganu by election voting day 170109 wahid voting Mohd Abdul Wahid pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga pada jam 8.07 pagi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat atau Adam tidak mengundi kerana beliau merupakan pengundi berdaftar di Parlimen Petaling Jaya Utara, Selangor.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberikan sokongan moral kepada calon BN dengan melawat beberapa pusat pengundian seperti Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II, Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar dan Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga.

kuala terengganu by election voting day 170109 supporters talking Lalulintas terkawal

Polis dilihat berada di lokasi-lokasi strategik sekitar bandaraya itu termasuk di pusat-pusat mengundi untuk mengawal keselamatan supaya prosespengundian berjalan lancar.

Cuaca di sekitar Kuala Terengganu yang baik merupakan faktor peratusan mereka yang keluar mengundi memuaskan.

kuala terengganu by election voting day 170109 puteri campaign Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, keadaan lalu lintas di sekitar Kuala Terengganu masih terkawal dan kenderaan yang membawa lambang parti politik kelihatan di merata-rata jalan di sekitar bandaraya itu.

ADS