Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Calon PAS puji ketelusan SPR
Diterbitkan:  Jan 17, 2009 12:48 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memuji ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu.

kuala terengganu by election voting day 170109 wahid pc "Belum pernah lagi RO (Pegawai Pengurus Pilihan Raya) meletak jawatan. Ini adalah sejarah. Saya berterima kasih kepada SPR kerana telus dalam menjalankan tugasnya," katanya.

Beliau mengulas peletakan jawatan Datuk Bandaraya Terengganu Datuk Mat Razali Kassim sebagai pegawai pengurus pilihanraya dan digantikan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, lapor Bernama.

Mohd Abdul Wahid juga memuji tahap keselamatan yang dilaksanakan polis sejak hari penamaan calon 6 Januari lalu hingga ke hari ini.

"Saya berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh polis kerana setakat ini belum ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga di sini hari ini.

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school Mengenai pengundian hari ini, Mohd Abdul Wahid berkata beliau tidak mahu membuat sebarang jangkaan dan menyerahkan kepada pengundi untuk memilih.

"Saya hanya bekerja keras untuk menang. Saya percaya pengundi matang dalam membuat keputusan. Terserah kepada mereka," katanya.

ADS