Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua calon bebas yang memenangi kerusi Fakulti Undang-undang dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) semalam berkata mereka tidak memihak kepada pro-Mahasiswa ataupun pro-Aspirasi.

Dua calon bebas tersebut ialah Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San.

universiti malaya um campus election 190109 07 Noor Azween adalah pelajar tahun tiga manakala Lim merupakan pelajar tahun dua di fakulti tersebut.

Sehubungan itu, mereka menafikan pernah membuat sebarang perjanjian akan menyokong pro-Mahasiswa jika menang dalam pilihanraya kampus itu.

"Sebanyak 19 kerusi telah dimenangi oleh calon pro-mahasiswa, 20 kerusi oleh calon Pengerak Mahasiswa dan dua kerusi lagi calon bebas dari Fakulti Undang-Undang.

"Justeru, wujud pertikaian mengenai pihak yang sepatutnya menubuhkan kabinet berdasarkan keputusan pilihanraya tersebut," kata jurucakap dua calon bebas terbabit, Gary Ong Kah Lon.

Dalam hal ini, katanya, dua kerusi calon bebas menjadi faktor penentu kepada pembentukan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPMUM).

"Sesungguhnya, sejajar dengan pendirian bebas calon-calon Fakulti Undang-Undang, maka mereka masih mengekalkan posisi mereka sebagai calon bebas tanpa berpihak kepada mana-mana pihak," katanya.

Jumpa pengundi esok

Berikutan itu, katanya, ingin ditegaskan bahawa calon-calon bebas Fakulti Undang-Undang menafikan sebarang dakwaan bahawa mereka akan berpihak kepada mana-mana pihak untuk tujuan pembentukan kabinet MPMUM 2009.

universiti malaya um campus election 200109 vote counting "Untuk makluman pihak media massa, suatu referendum akan dibuat seawal-awal esok di kalangan pelajar Undang-Undang; yakni pengundi calon bebas berkenaan," katanya.

Pertemuan tersebut, kata Gary adalah untuk menentukan pendirian calon-calon bebas berkenaan dengan isu tersebut.

Ini kerana mereka menerima mandat dari pengundi Fakulti Undang-Undang dalam pilihanraya kampus semalam.

Oleh itu, katanya, adalah berpendapat bahawa rujukan perlu dibuat kepada pengundi untuk menentukan pendirian calon-calon bebas fakulti.

Lim ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kenyataan tersebut.

Sebelum ini, pihak pro-Mahasiswa mendakwa mereka memenangi pilihanraya kampus UM selepas memperolehi 21 kerusi, termasuk dua calon bebas tersebut.

Mereka mendakwa kononnya wujud perjanjian awal sebelum pilihanraya bahawa dua calon bebas tersebut akan menyokong pro-Mahasiswa jika menang.

ADS