Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bos AirAsia sedia temui Dr M
Diterbitkan:  Jan 23, 2009 4:30 PM
Dikemaskini: 8:38 AM

Rancangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia untuk membina lapangannya sendiri menjadi sasaran kritikan hebat di Internet, termasuk oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandes berkata, beliau sedia menemui Dr Mahathir untuk menjelaskan mengapa syarikatnya perlu membina terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Labu Negeri Sembilan

tony fernandez interview 220109 06 Beliau yakin, Dr Mahathir - yang menyokong penubuhan AirAsia sewaktu menjadi perdana menteri - akan memberi beliau peluang memberi penjelasan mengenainya.

"Dr Mahathir memberi kita lesen (syarikat penerbangan) dan kita amat terhutang budi kepadanya kerana memberi lesen tersebut," kata Tony dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Dalam blognya Sabtu lalu, Dr Mahathir mempersoalkan keperluan untuk membina sebuah LCCT baru di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut mantan perdana menteri itu, KLIA mempunyai tanah yang cukup untuk membina empat terminal tambahan dan tiga landasan untuk mengendali sehingga 125 juta penumpang setahun.

AirAsia menjangka mengendalikan 15 juta penumpang pada akhir tahun ini dan mencecah 27 juta menjelang tahun 2014.

LCCT sekarang hanya boleh mengendalikan 10 juta penumpang dan ini akan meningkat kepada 15 juga penumpang apabila sayap baru dibuka dua bulan lagi.

Baca berita penuh

ADS