Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan speaker tidak lompat parti
Diterbitkan:  Feb 1, 2009 8:01 PM
Dikemaskini: Feb 2, 2009 2:58 AM

Terkini 'Kehilangan' mengejut timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Fong telah mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan beliau melompat menyertai MCA.

hee yit foong Hee, 46, merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) DAP bagi kerusi Jelapang.

Spekulasi tersebut semakin hebat apabila beliau juga tidak hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi.

Berikutan itu, pihak media berusaha untuk menghubungi beliau melalui telefon bimbitnya tetapi tidak berjaya.

Dan sumber-sumber memberitahu yang Hee akan menghadapi satu majlis anjuran MCA malam ini di Ipoh.

Bagaimanapun, misteri mengenai kehilangan Hee terjawab apabila pemimpin partinya dapat menghubunginya lewat hari ini.

Difahamkan bahawa Hee telah menyatakan bahawa beliau tetap menyokong DAP dan Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Hee dapat dihubungi dan Adun Jelapang itu tidak melompat parti.

Baca berita penuh

ADS