Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda Umno Perak membuat laporan polis terhadap pemimpin atasan Pakatan Rakyat berhubung dakwaan "menghina titah Sultan Perak" yang dianggap berbau hasutan.

Selain terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bertegas masih menteri besar, ketua pergerakannya Zainol Padzi Paharudin turut menamakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengerusi DAP Karpal Singh.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 09 Zainol berkata kenyataan mereka (kecuali Karpal) di kediaman rasmi Mohammad Nizar kelmarin boleh mengelirukan orang ramai sehingga berani menderhaka terhadap institusi raja melalui bantahan dekat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam (foto) .

Laporan itu dibuat di balai polis Sungai Senam, Ipoh tengah hari ini.

Beliau, yang juga wakil rakyat Sungai Manik, berharap polis menyiasat mereka mengikut Akta Hasutan berhubung ulasan mereka tentang keputusan Sultan Azlan Shah, Khamis lalu.

Zainol juga menggesa polis menyiasat beberapa laman web pembangkang termasuk Harakahdaily.net yang melaporkan kenyataan dan ulasan berhubung isu yang sama.

Pengerusi Pemuda BN Perak itu juga memohon Sultan Perak perkenan menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan ini masuk ke negeri ini dengan alasan bimbang sentimen anti-istana akan terus berkembang.

Katanya lagi, satu perhimpunan melibatkan sekurang-kurangnya 5,000 orang bagi menyokong institusi raja yang digelar "Perhimpunan Menjunjung Kasih" akan dianjurkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Tarikh perhimpunan itu bagaimanapun tidak disebut.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin BN Perak dijadual mengadakan satu mesyuarat khas jam 5 petang ini di bangunan Umno, dipercayai bagi membincangkan barisan exco baru negeri tersebut.

ADS