Ali Rustam: Sewajarnya Eli letak jawatan
Feb 17, 09 1:20pm
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tindakan Elizabeth Wong menawarkan untuk meletak jawatan exco kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya, bukan sesuatu yang mengejutkan.

mohd ali rustam"Tindakan itu wajar kerana apa yang berlaku melibatkan maruah seseorang pemimpin.

"Tindakan bergambar bogel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini.

"Apatah lagi membabitkan individu yang bergelar exco kerajaan negeri dan seorang wakil rakyat," kata beliau yang juga ketua menteri Melaka dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.

Beliau adalah exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

elizabeth wong press conference on her offer of resignation from selangor exco post 170209 03Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Hari ini, Elizabeth menawarkan untuk melepaskan jawatan exco negeri dan Adun Bukit Lanjan.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, peletakan jawatan bukan perkara baru, kerana ia pernah berlaku dalam beberapa kes terdahulu.

"Ini juga sebenarnya satu pengajaran kepada rakyat dan diharap dalam piliharaya kecil DUN ini kelak, pengundi tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner