Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli akar umbi PKR Bukit Lanjan dan kawasan sekitar parlimen Subang tidak setuju dengan keputusan Elizabeth Wong yang menawar meletakkan jawatan exco negeri dan wakil rakyat kawasan tersebut, kata seorang pemimpin PKR di situ.

Pemangku ketua PKR Subang, Syed Abdul Malik Syed A Hamid berkata, tidak ada sebab untuk Elizabeth mengosongkan kerusinya kerana sebagai wakil rakyat, beliau telah bekerja dengan sangat baik dan diterima pelbagai kaum.

“Insya-Allah, kita hendak jumpa beliau. Kita akan minta beliau tarik balik (tawaran meletakkan jawatannya),” katanya yang juga ahli majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, beliau akan mengusahakan pertemuan dengan exco pelancongan, alam Sekitar dan hal ehwal pengguna itu dalam masa terdekat.

Abdul Malik juga menyifatkan apa yang berlaku kepada Elizabeth sebagai “konspirasi” dan meminta semua pihak tidak membuat tuduhan melulu berkaitan moral Adun itu.

“Dia OK, sangat baik. Dalam majlis Melayu, beliau pakai cara Melayu, dalam Majlis Cina, cara Cina, dalam majlis India, ikut cara India," tambahnya.

"Kita tidak boleh tuduh orang ikut suka hati,” katanya ketika ditanya kewajaran alasan moral dijadikan penyebab bagi menuntut perletakan jawatan ahli exco tersebut.

Ditanya kesan kepada penguasaan PKR di Bukit Lanjan sekiranya Elizabeth meletakkan jawatan, Syed Abdul Malik berkata: “Memang berkesan, hendak cari pengganti baru lagi. Lagi pun beliau sudah dikenali dan diterima di kawasan ini.”

Selain di Bukit Lanjan, katanya, penyokong di dua lagi kawasan DUN dalam Parlimen Subang iaitu Paya Jaras dan Kota Damansara, juga tidak setuju dengan pengumuman Elizabeth itu.

ADS