Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perintah larangan diadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang tidak mengikut undang-undang, yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh semalam, diserahkan kepada Speaker DUN Perak V Sivakumar hari ini.

Bagaimanapun, perintah itu tidak dapat diserahkan kepada Sivakumar sendiri kerana beliau tidak berada di pejabatnya di bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Berikutan itu, peguam Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam exo kerajaan negeri, telah menyerahkan perintah tersebut kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Shahid pada jam 3.15 petang ini.

"Kita berusaha untuk menyerahkan dokumen tersebut hari ini tetapi anda sendiri boleh lihat pejabat (Sivakumar) ditutup. Kita akan cuba lagi esok," kata peguam Faizul Hilmy Ahmad Zamri.

Faizul datang semula ke bangunan sekretariat kerajaan negeri pada jam 4.15 petang untuk menyerahkan perintah tersebut kepada Sivakumar sendiri.

Bagaimanapun, sekali lagi Sivakumar tidak ada dia pejabatnya dan oleh itu ia diserahkan kepada kakitangannya yang menerima perintah tersebut.

Ditanya sama ada perintah mahkamah itu boleh dikuatkuasakan secara restrospektif, Faizul (kanan) berkata: "Hakim tidak berkata demikian. Ini andaian anda sendiri."

Baca berita penuh

ADS