Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya bukan oportunis politik'
Diterbitkan:  Mar 6, 2009 4:36 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

eksklusif Jika gagal memenangi jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan pergerakan itu tiga minggu lagi, Khairy Jamaluddin tidak akan meninggalkan dunia politik.

Baginya, terdapat banyak cara untuk berkhidmat sama ada memegang jawatan ataupun tidak.

mukhriz mahathir khir toyo khairy jamaluddin hujah dialogue 180209 03 Dalam berdepan dengan pemilihan jawatan ketua Pemuda Umno, Khairy menampilkan dirinya sebagai seorang yang bersikap liberal, berbanding dengan dua pencabarnya - bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan anak mantan perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathir.

"Kita dihukum dalam pilihanraya (umum lalu) bukan kerana kita tidak penjarakan pemprotes di bawah ISA, bukan kerana kita kurang Islam atau kurang bertunjangkan Melayu. Ianya kerana kita hilang arah, kita tidak cukup pantas berubah," kata Khairy.

khairy jamaluddin interview 230209 07 "Saya fikir kita (BN) harus kembali kepada teras dengan memenuhi agenda sejak daripada (pilihanraya umum) 2004."

Naib ketua Pemuda Umno itu yang dilihat sesetengah pihak sebagai ultra-Melayu, menafikan beliau seorang oportunis dalam membuat percaturan politiknya.

"Saya fikir selepas mendapat kejutan politik (dalam pilihanraya umum lalu), kita dengan sendirinya sedar pelbagai perkara. Kita sedar, kemungkinan apa yang kita lakukan bukanlah apa yang rakyat mahu. Perkara itu tidak ada salahnya. Tiada salahnya untuk menyedari bahawa kita perlu berubah."

Dalam bahagian keempat daripada lima siri wawancaranya, Khairy turut menjelaskan bagaimana lahirnya idea untuk menghunus keris dalam perhimpunan Pemuda Umno dan mempertahankan sokongan kepada kumpulan Mat Rempit.

khairy jamaluddin kissing the umno kris 060309 Ditanya sama ada beliau akan menghunus keris dalam perhimpunan tahunan Umno yang akan datang sekiranya menjadi ketua ketika itu, Khairy berkata:

"Keris akan kekal, tetapi bagaimana cara ia ditonjolkan perlu difikirkan dengan teliti," katanya.

"Keris semata-mata bukanlah isu. Saya rasa kebanyakan orang tidak ada masalah dengannya. Ia digunakan sebagai simbolik kepada kebudayaan Melayu dalam pelbagai acara. Ia melibatkan pelbagai protokol, mengikut acara tertentu."

Baca berita lanjut

ADS