Tunku Ismail sah sebagai presiden FAM

       

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini secara rasmi dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Dalam Kongres FAM ke-53 yang berlangsung di Petaling Jaya itu, Setiausaha Agungnya Datuk Hamidin Mohd Amin mencadangkan pelantikan Tunku Ismail selepas tiada pertandingan bagi jawatan itu.

Cadangan tersebut sebulat suara dipersetujui majoriti 38 perwakilan ‎yang hadir sekali gus dinobatkan sebagai menang tanpa bertanding.

Pemilik JDT itu menjadi calon tunggal selepas pencabarnya Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada pertandingan tersebut.

Sementara itu, kongres akan menyaksikan pemilihan bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan barisan exco FAM bagi sesi 2017-2021.

 

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda