KLIGP Ke-5 2013 Kini Sudah Tiba!
Keghairahan untuk pengembaraaan menyemarakkan tema, “The Amazing Gifts Hunt”
| Tempat: | Kuala Lumpur |
| Masa & Tarikh: | Khamis, 6 Jun 2013 (3 petang â 6.30 petang) |
Kehadiran 3 buah kereta Perodua Viva yang telah dihiasi dengan rekaan bertemakan ‘pengembaraan pencarian harta karun’ telah menarik perhatian serta menjadi buah mulut orang ramai ketika kenderaan-kenderaan ini membuat rondaan di sekitar Kuala Lumpur hari ini.
Tujuan kereta-kereta ini membuat rondaan di sekitar kawasan Lembah Klang adalah untuk mengumumkan ketibaan Pameraan Hadiah, Cenderamata & Alatulis Antarabangsa KL ke-5 2013 yang akan diadakan pada 12 hingga 14 Jun 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Diwar-warkan sebagai pameran hadiah, cenderamata, alatulis dan kraftangan terbesar serta dipenuhi dengan pelbagai pilihan menarik yang terbanyak di Asia Tenggara, Pameran KLIGP 2012 adalah hasil cetusan idea Persatuan Pengusaha Hadiah & Cenderamata Malaysia (MGPA) dengan kerjasama, Persatuan Persekutuan Penjual Alatulis & Buku Malaysia (FSBAM) dan Persatuan Pengeksport & Pengeluar Kraftangan Indonesia (ASEPHI).
Acara tahun ini yang bertemakan “The Amazing Gifts Hunt” akan memaparkan 450 gerai pameran yang dikendalikan oleh para profesional dari Malaysia dan luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Taiwan dan Korea. Dengan campuran menarik peserta pameran dari dalam dan luar negara serta pelbagai aktiviti dan tawaran hadiah cabutan bertuah, Pameran KLIGP 2013 dijangka akan menarik minat seramai 12000 pengunjung. Tambahan lagi KLIGP 2013 akan turut memaparkan Anugerah Rekaan Produk Promosi Yang Ke-empat (PPD 2013) yang disokong dan dianjurkan bersama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM).
Tetamu Kehormat, YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), akan merasmikan pembukaan Pameran KLIGP 2013 pada 13 Jun 2013.
Pameran KLIGP 2013 ini turut disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan disokong oleh Persekutuan Pedagang Barangan Tekstil Am dan Kain Malaysia, Persatuan Penjenamaan Malaysia, Persatuan Hadiah Singapura, Persatuan Hadiah, Cenderamata dan Dekorasi Thai serta Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia (MRCA).