Solar PV jana tenaga bersih dan pulangan lumayan
Wira Yusoff, seorang perunding IT yang menyertai skim Tarif Galakan atau Feed-in Tariff (FiT) berikutan ganjaran yang pulangan wang bulanan yang terjamin dengan memanfaatkan ruang bumbung rumahnya. Beliau juga berminat untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah memasang sistem Solar PV di atas bumbung bagi penjanaan elektrik. “Sebagai kaki teknologi, saya mahu mengkaji macam mana sistem Solar PV berfungsi, dan bagaimana saya dapat memperbaiki kecekapannya,” kata Wira.
Wira memulakan penerokaannya untuk menjadi penjana kuasa lestari dengan penyelidikan menerusi Internet. Beliau menyertai forum perbincangan dan juga bertanyakan rakan sekerjanya tentang harga pemasangan sistem Solar PV. Memandangkan kos pemasangan yang agak tinggi, beliau agak keberatan. Namun selepas menerima empat sebut harga daripada syarikat penyedia perkhidmatan, beliau berpuas hati dengan sistem RM40,000 yang merangkumi 16-panel PV suria monohabluran dengan kapasiti 3.8kwp.Beliau akhirnya melabur dalam sistem yang dianggapnya “berbaloi dari segi teknikal dan kewangan.”
Kini, Wira giat mencari cara untuk memaksimakan pulangan atas pelaburannya. Beliau membaca bahawa 30% daripada tenaga yang bakal dijana lupus begitu sahaja kerana bahang, habuk dan faktor lain. Kata beliau, satu cara untuk meningkatkan kecekapan sistem ialah “menyejukkan panel suria dengan air.”
Menurut Wira, rakyat Malaysia patut membantu penjanaan tenaga bersih supaya Negara tidak lagi bergantung kepada bahan api fosil untuk menjana elektrik. “Dengan adanya FiT, penjanaan tenaga elektrik daripada solar bukan sahaja memberikan pendapatan tetap bulanan selama 21 tahun, tetapi ia membantu memulihara alam sekitar kita kerana tenaga yang dijana adalah bersih dan tidak melepaskan karbon.
Malaysia melancarkan FiT pada 1 Disember 2011 untuk menggalakkan pembangunan tenaga boleh baharu. Untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyertai program ini dan meraih pulangan kewangan FiT, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) telah melancarkan Program Bumbung Rumah Suria pada 24 September 2012, ditujukan kepada pemilik rumah. Untuk keterangan lebih lanjut sila layari www.seda.gov.my