Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Advertorial
Dengan Jantung Yang Sihat…Degupan Terus Menerus
Diterbitkan:  Nov 8, 2013 11:49 AM
Dikemaskini: Nov 12, 2013 1:45 AM

Dengan Jantung Yang Sihat…Degupan Terus Menerus

Jantung merupakan salah satu organ manusia yang paling penting. Hari demi hari ia bekerja tanpa mengenal erti lelah untuk memberi khasiat kepada sel-sel badan. Kita cenderung bersikap sambil lewa terhadap jantung kita, yang bermakna jantung yang tidak sihat tampak seakan-akan muncul entah dari mana. Bagaimanapun penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba; ia berlaku disebabkan oleh kerosakan selama bertahun-tahun kepada arteri dan otot jantung.

Gaya Hidup Yang Tidak Sihat – Punca Utama Penyakit Jantung

Kesihatan jantung merupakan salah satu masalah kesihatan yang terbesar di seluruh dunia. Penyakit jantung tidak lagi terbatas kepada individu dengan sejarah serangan jantung yang lama dalam keluarga atau warga emas sahaja, ia sekarang juga berleluasa di kalangan golongan pertengahan usia, selain semakin kerap kelihatan di kalangan golongan muda.

Faktor pemakanan dan faktor gaya hidup memainkan peranan penting ke atas paras kolesterol darah, gula darah, tekanan darah dan berat badan yang berkaitan langsung dengan risiko penyakit kardiovaskular pada keseluruhannya. Masalah metabolik seperti hiperkolesterolemia, kencing manis atau diabetes, hipertensi dan kegemukan atau obesiti yang akhirnya membawa kepada jantung yang tidak sihat berkait rapat dengan pemakanan tidak sihat, kekurangan senaman fizikal serta tabiat yang memudaratkan kesihatan seperti merokok, pengambilan arak yang semakin meningkat dan malah penggunaan dadah yang tinggi – semua ini boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan pada keseluruhannya.

Tumpuan yang lebih kepada usaha untuk mencegah penyakit berbanding merawat simptom akan memberi banyak faedah. Mengamalkan gaya hidup sihat dan tabiat pemakanan yang baik adalah kunci kepada usaha untuk memastikan jantung bebas daripada penyakit. Gaya hidup yang aktif dan bertenaga adalah langkah pertama ke arah meningkatkan kecergasan kardiovaskular. Dengan nutrisi yang baik dan pengurusan berat badan yang berkesan, insiden serangan sakit jantung dapat dielakkan.

Khasiat Makanan Yang Akan Disukai Jantung Anda

Pakar perubatan mencadangkan pemakanan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan anti-oksidan, berserat tinggi seperti bijirin lengkap, bran, buah-buahan segar dan sayur-sayuran sebagai langkah pencegahan dan sebagai penyelesaian yang terbukti dapat mengurangkan dan memulihkan penyakit kronik, di samping senaman yang kerap dan mendapatkan tidur berkualiti.

Kata pepatah yang menyebut, “Anda adalah apa yang anda makan”. Makanan biasanya barisan pertahanan pertama untuk menentang pelbagai masalah kesihatan, dan kajian mendapati pemakanan yang merangkumi oat terutamanya berkesan untuk mencegah masalah kesihatan yang berkaitan gula darah dan kardiovaskular.

Beta-glukan oat – serat mudah larut dan polisakarida yang kuat dan boleh dijumpai dalam lapisan luar bijirin (bran oat) – sudah dibuktikan secara klinikal dapat memberikan kebaikan yang luar biasa untuk mengurangkan kolesterol, bermanfaat kepada kesihatan jantung dan juga melindungi saluran penghadaman dan memperlahankan penyerapan gula dari makanan.

Kunci Kepada Kesihatan Yang Lebih Baik

Bagi sebahagian pesakit jantung, khususnya mereka yang sedang mengalami serangan jantung, pembedahan pintasan arteri koronari atau ‘stents’ mungkin dapat menyelamatkan nyawa. Bagi pesakit lain, tidak ada terapi lain yang dapat menyasari puncanya – GAYA HIDUP.

Mulakan program pencegahan anda pada hari ini dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan menggabungkan makanan berfungsi seperti Biogrow Oat BG22™ ke dalam pemakanan harian anda. Biogrow Oat BG22™ diperbuat daripada serbuk bran oat yang diimport dari Sweden, dengan kandungan beta-glukan sebanyak 20 peratus. Tertakluk kepada teknologi pemprosesan canggih yang memastikan produk itu mengekalkan berat molekularnya yang tertinggi, pengguna Biogrow Oat BG22™ akan menikmati faedahnya yang optimum dari segi penyerapan dan kepekatan selain meningkatkan tenaga, memperbaiki kesihatan jantung dan paling penting sekali, menurunkan paras kolesterol. Katakan “Ya” kepada usaha untuk meningkatkan kesejahteraan pada hari ini dan katakan “Ya” kepada Biogrow Oat BG22™ - teman anda dalam kehidupan dan kesihatan.

Artikel ini disumbangkan oleh Summit Company (M) Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila hubungi 03-7956 2220 atau emelkan pertanyaan anda kepada [email protected].

Pek Mudah Kini Di Pasaran!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS