Bagaimana Menjadi Pengguna Yang Bijak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Keselamatan Makanan Eropah (EFSA) dan Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan Amerika (US FDA) telah meluluskan tuntutan kesihatan bagi penyelenggaraan kesihatan jantung berdasarkan pengambilan 3g oat beta -glukan sehari boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Persoalannya ialah adakah anda mengambil jumlah oat beta-glukan yang mencukupi untuk menurunkan kolesterol anda setiap hari?

Pada masa kini, jenama oat yang terdapat di Malaysia mengandungi kira-kira tiga hingga lima peratus beta-glukan, dan ini bersama dengan lebih kurang dua mangkuk besar oatmil (70g). Jika amaun ini terlalu banyak bagi anda, mengapa tidak mencuba serbuk bran oat dengan kepekatan beta-glukan yang lebih tinggi dan dos harian yang lebih rendah?

Tidak Semua Serbuk Bran Oat Dicipta Dengan Sama!

Sebagai pengguna yang bijak, anda perlu mengetahui cara untuk memilih produk bran oat yang terbaik bagi membantu mengurangkan paras kolesterol secara berkesan. Gunakan kriteria pemilihan berikutnya sebagai garis panduan anda untuk memilih produk bran oat yang sesuai:

1. Pilih 100% serbuk bran oat.

Sesetengah produk bran oat di pasaran telah ditambah dengan bahan-bahan aditif, pengisi atau bahan-bahan tiruan untuk menghasilkan kesan gel tambahan. Pastikan anda menyemak senarai bahan ramuan pada bungkusan produk.

2. Kelarutan yang baik dan keupayaan membentuk gel di dalam air.

Pastikan serbuk bran oat boleh larut sepenuhnya dalam air kerana tekstur yang tidak rata akan memberi kesan kepada kesedapan campuran tersebut. *Kelarutan yang lebih baik dapat memastikan pembentukan gel yang lebih baik , dan ini akan membawa kepada kesan penurunan kolesterol yang lebih baik.

3. Semak kandungan oat beta-glukan pada label .

Jangan dikelirukan oleh nombor yang berkaitan dengan jenama produk. Nombor yang tinggi tidak semestinya bermaksud bahawa produk ini mengandungi jumlah bahan aktif yang tinggi, dalam kes ini, oat beta-glukan. Pastikan anda menyemak kandungan beta-glukan pada maklumat pemakanan pada bungkusan produk. Dalam konteks Malaysia, jumlah maksimum oat beta-glukan yang dibenarkan dalam sesuatu produk makanan adalah hanya 20g dalam setiap 100g atau 20%.

4. Semak kandungan karbohidrat pada label.

Sesetengah produk bran oat di pasaran mengandungi karbohidrat (monosakarida & kanji) yang tinggi dan ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai paras gula darah yang tinggi dan/atau individu yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Pastikan anda menyemak maklumat pemakanan pada bungkusan untuk kandungan karbohidrat.

5. Kesan penurunan kolesterol serbuk bran oat telah dibukti dengan kajian klinikal dan ujian manusia.

Pastikan anda meminta maklumat tentang sumber serbuk bran oat dan memeriksa jika serbuk bran oat pernah digunakan sebagai bahan penyelidikan dalam kajian klinikal dan jurnal yang diterbitkan.

Apa yang anda perlu tahu tentang Biogrow Oat BG22™

  • Biogrow Oat BG22™ adalah diperbuat sepenuhnya daripada OatWell® serbuk bran oat yang diimport dari Sweden, kaya dengan serat larut oat beta-glukan dengan berat molekul yang tinggi. Terdapat banyak kajian klinikal telah terbukti kesan fisiologi OatWell® bran oat mampu membantu mengurangkan kolesterol dan paras gula dalam darah. OatWell® bran oat mempunyai lebih daripada 30 penerbitan saintifik di seluruh dunia. ** 3g atau lebih OatWell® oat beta -glukan sehari telah terbukti bagi membantu mengurangkan kolesterol dengan berkesan.

Ruedi Duss, pengurus perniagaan global bagi OatWell® oat beta-glukan di DSM Produk Pemakanan, membincangkan bagaimana OatWell® boleh digunakan untuk menambah nilai kesihatan kepada produk makanan:

"Untuk membantu pengguna mencapai pengambilan beta-glukan harian yang disyorkan, DSM telah termasuk OatWell® oat beta-glukan ke dalam senarai portfolio ramuan. Salah satu produk OatWell® adalah Biogrow Oat BG22™ dengan 20% beta-glukan yang dihasilkan dengan cara proprietari untuk mengekalkan berat molekul yang tertinggi bagi menghasilkan kelikatan yang lebih baik dalam usus untuk membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Berbanding dengan produk oat yang lain, Biogrow Oat BG22™ menyediakan amaun beta -glukan yang tertinggi dalam setiap hidangan."

  • 2 sudu (≈ 18g ) Biogrow Oat BG22™ sehari membekalkan lebih daripada 3g oat beta-glukan, ini adalah lebih tinggi daripada jumlah beta-glukan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kesan penurunan kolesterol.
  • Biogrow Oat BG22™ adalah kaya dengan serat, protein, magnesium, zat besi & zink. Selain itu, Oat BG22 TM mengandungi  natrium (garam) yang sangat rendah.
  • Biogrow Oat BG22 ™ adalah diperbuat daripada ramuan yang semulajadi dan tanpa gula tambahan, pengawet dan aditif makanan.
* Wolever et al. 2010; Am J Clin Nutr doi: 10,3945 / ajcn . 29174.

** EFSA Jurnal 2010; 8 ( 12): 1885. [15 ms ] doi: 10.2903/j.efsa.2010.1885.

Cara penggunaan Biogrow Oat BG22™

Campurkan satu sudu Biogrow Oat BG22™ dengan 200ml air sejuk atau air suam dan minum sebelum makan, Ambil sekurang-kurangnya dua sudu sehari untuk mengekalkan paras kolesterol yang sihat.

Ingat, paras kolesterol yang sihat adalah kunci ke arah jantung yang sihat!

Artikel ini adalah sumbangan daripada Legosan (M) Sdn. Bhd. Untuk maklumat produk yang lebih lanjut, sila hubungi:

Talian Info: 03-7956 2220 (Isnin-Jumaat, 9am-5pm)

E-mel: info@biogrow.com.my

Laman Web: www.biogrow.com.my

Facebook: fb.biogrow.com.my