Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Advertorial
Berikan Hadiah Kesihatan Jantung Pada Hari Bapa Ini
Diterbitkan:  Jun 4, 2014 11:13 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

(Advertorial)

Bapa ialah orang yang berusaha keras untuk menjadikan impian kita satu kenyataan dan mereka berhak mendapat hidup yang lebih bermakna dan sihat.  Walaupun mereka akan berkata kegembiraan menonton kita mencapai impian adalah mencukupi, sebagai anak kita boleh memberi mereka lebih lagi. Kita boleh menghadiahkan mereka nikmat kesihatan agar mereka boleh berkongsi impian bersama generasi yang akan datang.

Tahukah Anda? Lelaki muda mengalami masalah jantung disebabkan paras kolesterol yang tinggi

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan Malaysia 2011 (NHMS), paras kolesterol yang tinggi atau hiperkolesterolemia merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan peningkatan jumlah penyakit kardiovaskular daripada 20.7 peratus pada tahun 2006 kepada 35.1 peratus pada tahun 2010.

Terdapat banyak lelaki yang berusia 40 tahun ke bawah mempunyai paras kolesterol yang tinggi dimana jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya akan membawa kepada kematian mengejut.  Kebanyakan lelaki ini mempunyai anak dan anak-anak mereka tidak akan mendapat kasih sayang daripada seorang bapa semasa membesar.

Cara Melindungi Jantung Lelaki

Pengambilan makanan kurang dalam kolesterol dan lemak tepu dan meningkatkan pengambilan makanan kaya dengan serat merupakan salah satu cara untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah.  Sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin seperti oat adalah contoh sumber kaya dengan serat.

Serat larut dalam oat, dikenali sebagai beta-glukan telah terbukti secara kllinikal dapat mengurangkan paras kolesterol darah dengan pengambilan sekurang-kurangnya 3g sehari. Pada tahun 1997, Petadbiran Makanan & Ubat-ubatan Amerika Syarikat (US FDA) telah meluluskan tuntutan kesihatan yang pertama: “Beta-glukan daripada oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya ia diambil sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak”.

Lindungi Jantung Orang Yang Tersayang Dengan Oat Beta-Glukan

Adakah anda masih buntu dalam mencari hadiah terbaik untuk ibu bapa tersayang? Ibu bapa anda pasti menyukai Biogrow Oat BG22 TM Serbuk Bran Oat . Biogrow Oat BG22 TM Serbuk Bran Oat adalah diperbuat sepenuhnya daripada serbuk bran oat yang diimport dari Sweden, kaya dengan beta-glukan daripada oat (20%) dengan berat molekul yang tinggi (≥ 2,200 kDa) 1 yang dapat memastikan pembentukan gel tebal dan likat dalam saluran pencernaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesan kelikatan yang terbentuk daripada oat beta-glukan adalah penting untuk penurunan paras kolesterol 1,2 . Ambil 2 sudu/2 paket (≈ 18g) sehari membekalkan lebih daripada 3g oat beta-glukan. Campurkan 1 sudu/1 paket dengan 200ml air sejuk atau air suam dan minum sebelum makan. Jumlah beta-glukan yang disyorkan bagi kesan penurunan kolesterol ialah 3g sehari.

Kini, 3 g beta-glukan boleh didapati dalam bijirin rangup bran oat! Biogrow Oat BG22 TM Bijirin Rangup Bran Oat adalah bijirin berfungsi yang pertama di pasaran Malaysia . Biogrow Oat BG22 TM Bijirin Rangup Bran Oat berbentuk “hati” yang rangup dan lazat adalah diperbuat daripada bran oat yang terpilih dari Sweden. Ia dihasilkan sepenuhnya di Jerman dengan teknologi pemprosesan yang canggih. Hanya 1 paket (30 g) sehari bagi membekalkan 3 g beta-glukan . Ia juga kaya dengan serat makanan (6.6 g per paket), protein, zat besi dan magnesium. Selain itu, satu paket Biogrow Oat BG22 TM Bijirin Rangup Bran Oat menyediakan hanya 102 Kalori (atau kcal), yang merupakan kira-kira 4% hingga 5% daripada keperluan tenaga harian orang dewasa (2000-2500 Kalori/hari). Ia boleh dimakan terus dari paket sebagai snek mudah antara waktu makan dan juga rasa sedap dengan minuman sejuk seperti susu, susu coklat, susu soya, jus buah-buahan atau tambahkan ke dalam yogurt anda. Air perlu diminum dengan banyak apabila mengambil makanan tinggi dalam kandungan serat. Ini dapat menggalakkan pembentukan gel dalam perut dan usus. Satu Paket Sehari, Jauhi Daripada Paras Kolesterol Tinggi!

Artikel ini adalah sumbangan Legosan (Malaysian) Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Talian Info: 03-7956 2220 (Isnin - Jumaat, 9 pagi – 5 petang)

E-mel: [email protected]

Laman Web: www.biogrow.com.my

Facebook: fb.biogrow.com.my


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS