Most Read
Most Commented
mk-logo
Advertorial
BELANJAWAN 2021: Teguh kita, menang bersama
Published:  Nov 8, 2020 8:08 PM
Updated: Nov 7, 2020 12:16 PM


 Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah berpaksikan tiga matlamat induk, iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

“Kesemua matlamat ini merupakan kesinambungan kepada pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS TAMBAHAN, PENJANA dan KITA PRIHATIN. Selain daripada pendekatan yang lebih bersasar, kerajaan juga akanmengimbangi kemampuan kewangan kerajaan, keseimbangan pembangunan antara wilayah dan bandar, serta mengangkat nilai-nilai murni membentuk ekonomi yang kita idamkan melalui belanjawan ini,” kata beliau.

Sekali imbas

Bertemakan ‘TEGUH KITA, MENANG BERSAMA’, Belanjawan 2021 yang bernilai RM322.54 bilion terdiri daripada RM236.5 bilion (73.3%) yang akan disalurkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM69 billion (21.4%) bagi perbelanjaan pembangunan manakala baki RM17 bilion (5.3%) ialah untuk Kumpulan Wang Covid-19, kategori baru.

“Memahami permasalahan dan keresahan rakyat ialah perkara asas, maka kesejahteraan rakyat kekal kepentingan paling utama dalam belanjawan ini. Strategi pertama ialah perjuangan kita untuk memerangi pandemik Covid-19 dan melindungi kesihatan awam,” sambung Tengku Zafrul.

Tambahan RM1 bilion melawan Covid-19 di barisan hadapan

Justeru itu, kerajaan telah mengumumkan tambahan RM1 bilion untuk membendung gelombang ketiga serangan Covid-19. Ini termasuk RM475 juta bagi pembelian bekalan reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus bagi kegunaan Kementerian Kesihatan (KKM); RM318 juta untuk peralatan perlindungan diri (PPE) dan cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan KKM; RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi Covid-19; RM50 juta untuk perolehan peralatan, bekalan ujian makmal; dan Elaun Khas Covid-19 sebanyak RM600 sebulan kepada barisan hadapan KKM sehingga ancaman pandemik ini berjaya diatasi.

“Sebagai tambahan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 seorang bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan KKM yang dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan,” ujar beliau.

Peningkatan pelepasan cukai bagi perbelanjaan penjagaan kesihatan

“Bagi menggalakkan rakyat mendapatkan vaksinasi mencegah penularan penyakit, kerajaan bersetuju untuk meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi seperti pneumokokal, influenza serta Covid-19. Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin Covid-19 yang melibatkan kos melebihi RM3 billion untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia,” sambung beliau.

Belanjawan 2021 memberi pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan vaksinasi diri sendiri, pasangan dan anak. Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan yang melibatkan kesemua mereka di atas juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000. Lebih menceriakan lagi, had pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000. Bagi perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa, ia juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Penurunan kadar cukai pendapatan

Satu lagi inisiatif untuk meringankan beban hidup rakyat ialah melalui penurunan kadar cukai pendapatan sebanyak 1 mata peratusan bagi individu berpendapatan bercukai RM50,001 – RM70,000 yang dijangka memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.

“Bagi menggalakkan simpanan hari tua, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman Skim Persaraan Swasta atau PRS akan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025,” kata Tengku Zafrul.

Antara insentif cukai yang lain termasuk peningkatan had pelepasan cukai bagi gaya hidup daripada RM2,500 kepada RM3,000; dan pemotongan cukai bagi perbelanjaan yuran penggajian sehingga RM7,000 temasuk kursus ‘up-skilling’ atau ‘self-enhancement’ dalam mana-mana bidang yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Peruntukan demi kesejahteraan rakyat yang lain

• Menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan golongan rentan termasuk orang kurang upaya (OKU) daripada RM250 kepada RM300, warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar daripada RM350 kepada RM500, elaun pekerja OKU daripada RM400 kepada RM450, kadar bantuan kanak-kanak keluarga miskin daripada RM100 kepada RM150 seorang anak (maksimum RM450 sekeluarga bagi anak berumur 7 – 18 tahun) atau RM200 seorang anak (maksimum RM1,000 sekeluarga bagi anak berumur 6 tahun ke bawah);

  • Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan selama tiga bulan dan kadar Elaun Mencari Kerja bagi bulan pertama (80% gaji), bulan kedua hingga keenam (50% gaji) dan tiga bulan terakhir (30% gaji);
  • RM1.7 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada nelayan dan petani termasuk elaun sara hidup nelayan yang dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan;
  • Elaun Guru Takmir dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan dan bayaran khas one-off RM500 kepada Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir dan Guru KAFA;
  • Kredit berniai RM50 dalam akaun e-wallet bagi mereka berumur 18 – 20 tahun;
  • Pas perjalanan tanpa had My30 diperluaskan ke Pulau Pinang dan Kuantan;
  • Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 bagi pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 dan OKU bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat, dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom.
  • Bantuan Khas Kewangan RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 ke bawah dan RM300 bagi pesara dan veteran tidak berpencen;
  • Pembayaran one-off RM500 kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara;
  • Elaun kepada 1,900 Pegawai Bomba Bantuan dinaikkan daripada RM6 kepada RM8 sejam;
  • RM20 juta untuk penggajian 500 bekas tentera dan polis serta Orang Asli di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti;

Pengeluaran KWSP Akaun 1

Belanjawan 2021 turut mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar, sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan (satu tahun), berjumlah RM6,000 bagi setiap ahli yang layak.

“Permohonan dibuka mulai Januari tahun depan dan ia dijangka melibatkan RM4 bilion keseluruhannya,” kata Tengku Zafrul.

Kemudahan pengeluaran Akaun 1 membantu terutamanya ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan sambil meringankan beban kewangan 600,000 ahli yang terjejas. Ia merupakan langkah tambahan kepada kemudahan pengeluaran i-Lestari KWSP (RM500 sebulan selama 12 bulan, jumlah: RM6,000) yang diumumkan pada bulan April yang memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

Jadi, kedua-dua kemudahan pengeluaran KWSP ini akan memberikan jumlah pengeluaran tunai sebanyak RM12,000 (i-Lestari: RM6,000 + Akaun 1: RM6,000) bagi setiap ahli yang layak, iaitu bersamaan dengan RM15.6 bilion keseluruhannya.

Penurunan caruman KWSP pekerja

Kerajaan turut mengumumkan penurunan caruman KWSP pekerja daripada 11% kepada 9% selama setahun mulai Januari 2021 sebagai usaha meningkatkan pendapatan boleh guna bagi menampung perbelanjaan semasa yang agak tertekan disebabkan wabak Covid-19.

“KWSP juga akan membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga yang diluluskan oleh KWSP,” kata Tengku Zafrul.

Skim Bencana Pekerjaan PERKESO

Kerajaan juga memperuntukkan RM24 juta bagi menampung caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO yang dijangka memanfaatkan 100,000 pekerja daripada empat kategori, termasuk Anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera, Sukarelawan Simpanan Polis, Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Maritim Malaysia; guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan merbut; pekerja sektor awam berstatus Contract for Service; dan delivery riders seramai 40,000 orang.

Dua pilihan moratorium

Bantuan Pembayaran Bersasar (BPR) yang bermula sejak Oktober lalu melibatkan pemanjangan moratorium atau fleksbiliti pembayaran balik diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, serta individu dan perushaan kecil dan sederhana (PKS) yang pendapatannya terus terjejas oleh wabak Covid-19.

“Setakai ini, lebih daripada 650,000 permohonan bantuan pembayaran telah diterima, dengan kadar kelulusan tinggi iaitu98%. Sukacita dimaklumkan bahawa institusi perbankan akan menambahbaik Bantuan Pembayaran Bersasar kepada peminjam B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000 seorang,” ujar Tengku Zafrul.

Peminjam kategori ini akan diberi dua pilihan, iaitu (1) menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan, atau (2) mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan. Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk menyatakan pilihan mereka dengan menyempurnakan dokumentasi.

“Untuk peminjam daripada golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan. Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik di mana kemudahan ini akan bermula pada Disember 2020," sambung beliau.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Kerajaan akan terus melaksana dan menambahbaik bantuan tunai secara lebih bersasar mulai 2021 melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diperkenalkan sebelum ini akan memasuki fasa pembayaran keduanya berjumlah RM2.2 bilion mulai Januari 2021. BSH dan BPN melibatkan penyaluran sebanyak RM21 bilion kepada 10.6 juta penerima golongan B40 dan M40.

  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM1,200 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 dengan satu orang anak manakala BPR sebanyak RM1,800 bagi isi rumah dengan dua orang anak atau lebih;
  • BPR sebanyak RM800 bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 – RM 4,000 sebulan dengan satu orang anak manakala BPR sebanyak RM1,200 bagi isi rumah dengan dua orang anak atau lebih;
  • BPR sebanyak RM500 bagi isi rumah berpendapatan RM 4,001 – RM 5,000 sebulan dengan satu orang anak manakala BPR sebanyak RM750 dbagi isi rumah dengan dua orang anak atau lebih;
  • BPR sebanyak RM350 bagi bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah;

“Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH,” jelas Tengku Zafrul.

Penjanaan pekerjaan

Kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang melibatkan penyediaan 500,000 peluang pekerjaan baru termasuk pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula perbelanjaan sebanyak RM3.7 bilion.

Kerajan juga akan meneruskan inisiatif pengambilan pekerja di bawah PERKESO yang kini dikenali sebagai PenjanaKerjaya dengan beberapa penambahbaikan.

“Penambahbaikan pertama - insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan, kepada 40% daripada gaji bulanan, terhad kepada insentif maksimum RM4,000 sebulan.

“Kedua, bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU (orang kurang upaya), penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan, majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20%, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60%.

“Ketiga, bagi sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan, insentif khas sebanyak 60% daripada gaji bulanan disediakan,” jelas Tengku Zafrul.

Ketiga-tiga insentif tersebut adalah untuk tempoh enam bulan.

“Bagi mereka yang telah diambil bekerja di bawah PenjanaKerjaya, kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi menjalankan program kemahiran tinggi atau sijil professional,” tambah beliau.

Secara keseluruhan, sejumlah RM2 bilion akan diperuntukkan dan ia dijangka dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada 250,000 pencari kerja.

Pembentukan Majilis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri akan menyelaras pelbagai inisiatif merentas kementerian dan agensi dalam mencipta peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja. Agensi LAKSANA akan bertanggungjawab memantau keberkesanan segala inisiatif bagi memastikan rakyat Malaysia terus mendapat peluang pekerjaan.

Geran Khas Prihatin Perniagaan (GKP)

Kerajaan juga memahami keluhan para peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong.

“Sehubungan itu, sukacita kerajaan mengumumkan Geran Khas Prihatin Perniagaan Tambahan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah. Geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah,” ujar Tengku Zafrul.

Bantuan dan Pemulihan Bersasar

Sementara itu, Bantuan dan Pemulihan Bersasar bernilai RM2 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) melalui pinjaman daripada institusi perbankan juga disediakan.

Kemudahan ketercapaian internet

Kerajaan akan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan PRIHATIN yang bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.

“Bermula suku pertama 2021, lebih kurang 8 juta penerima daripada golongan B40 akan menerima bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi. Bantuan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baru. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion seperti dalam bentuk data percuma,” kata beliau.

Kesalinghubungan digital

Kerajaan juga memperuntukkan RM500 juta untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang bertujuan memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 sekolah di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan diperuntukkan RM7.4 bilion untuk tahun 2021 dan 2022 bagi memperluaskan perkhidmatan jalur lebar.

Digitalisasi untuk sektor industri

Kerajaan melalui BPMB akan melaksanakan Skim Transformasi Pendigitalan Industri bernilai RM1 bilion yang bertujuan merancakkan aktiviti pendigitalan dengan ketersediaan dana sehingga 31 Disember 2023.

“Selain itu, bagi menyokong aktiviti automasi dan modenisasi, dana tambahan berjumlah RM150 juta akan disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan SME dan Geran Automasi. Syarat kelayakan geran ini turut dilonggarkan kepada PKS mikro dan syarikat pemula yang telah beroperasi selama enam bulan,” ujar Tengku Zafrul.

Pembangunan di Sabah dan Sarawak

Sebanyak RM15 bilion disediakan bagi membiayai beberapa projek pembangunan infrastruktur utama di seluruh negara termasuk Lebuh Raya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Landasan Berkembar Klang Fasa 1. Sistem Rapid Transit Johor Bahru-Woodlands dan MRT 3 di Lembah Klang akan diteruskan. Projek High Speed Rail (HSR) juga akan diteruskan, tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan Singapura.

Sabah dan Sarawak akan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan masing-masing sebanyak RM5.1 bilion dan RM4.5 bilion. Peruntukan ini antaranya untuk membina dan menaik taraf infrastruktur air, elektrik dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

Sila rujuk di sini bagi butiran Belanjawan 2021 yang lengkap termasuk peruntukan yang lain yang sama-sama memacu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ekonomi.

ADS