Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
MTM-MDEC 2020 Bukti Kesediaan Malaysia Jadi Destinasi Pelaburan Digital Global
Diterbitkan:  Nov 9, 2020 2:27 PM
Dikemaskini: 6:33 AM

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan memulakan kempen Bulan Teknologi Malaysia 2020 atau Malaysia Tech Month 2020 (MTM2020) iaitu inisiatif khusus untuk mempamerkan kejayaan ekosistem teknologi digital negara. Acara tahunan utama MDEC ini dijangka akan memanfaatkan permintaan dan peluang dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) sekaligus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa utama ekonomi digital , bertepatan dengan aspirasinya menjadi Nadi Digital ASEAN.

Bermula pada 10 November ini, MTM2020 akan menampilkan barisan penceramah terkemuka serta pengisian program-program teknologi digital dan inovasi bertaraf dunia untuk menarik penglibatan syarikat pemula, usahawan, organisasi korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pemimpin sektor teknologi tempatan dan antarabangsa.

Selanjutnya, MTM 2020 akan turut berfungsi sebagai platform menyeluruh untuk acara industri digital dan teknologi melalui program kerjasama dengan rakan ekosistem MDEC dengan matlamat utama mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai hab pelaburan digital dan teknologi yang menarik untuk rantau ini.

Tumpuan utama MTM2020 akan terarah kepada perasmian acara pada 10 dan 11 November yang menampilkan bekas Ketua Pegawai Pemasaran Zuckerberg Media; Randi Zuckerberg, bekas Perdana Menteri Finland; Alexander Stubb yang ketika ini menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Bank Pelaburan Kesatuan Eropah dan Ketua Pegawai Maklumat Global ZOOM, Harry D. Moseley.

Beberapa pemimpin ekosistem teknologi tempatan seperti pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha; Patrick Grove, Ketua Pegawai Eksekutif Inmagine; Stephanie Sitt, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aerodyne; Kamarul Muhamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Soft Space, Joel Tan akan turut mengambil bahagian.

Program berstatus antarabangsa yang lain sempena MTM2020 termasuk Sidang Kemuncak Pelaburan Digital, Festival MyDroneTech, TechFest LIVE! Road to WCIT Malaysia dan Persidangan DataKITA.Pulse.

Berdasarkan statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia , pada 2019 ekonomi digital telah menyumbang 19.1 peratus kepada ekonomi negara iaitu meningkat berbanding 18.7 peratus pada tahun sebelumnya. Ekonomi digital turut diunjurkan akan meningkatkan lagi sumbangannya kepada 20 peratus pada tahun ini menerusi sektor e-dagang yang dijangka menjana pendapatan melebihi RM110 bilion . Data ini mewakili sebanyak 40 peratus keseluruhan ekonomi digital negara.

Dengan teknologi dan inovasi bertenaga IR 4.0 membabitkan kecerdasan buatan (AI), robotik , internet kebendaan (IoT) , ia seterusnya akan memangkin perubahan kepada aktiviti harian, gaya hidup serta operasi perniagaan dan ruang kerja serta wujud keperluan mendesak untuk memastikan semua segmen masyarakat dapat mengambil bahagian dengan berkesan dan memperoleh faedah digitalisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, Malaysia telah memulakan perjalanan mengintegrasikan teknologi digital ke dalam semua bidang ekonominya dan agensi berkenaan percaya kesemua inisiatif berkenaan akan memanfaatkan semua golongan rakyat sekaligus mengukuhkan negara sebagai Nadi Digital ASEAN.

 “MTM 2020 merupakan cerminan langkah MDEC menghasilkan 'formula kemenangan' sebagai petanda kemajuan bidang teknologi digital dan seterusnya menjadi negara contoh di Asia Tenggara menerusi kemajuan IR 4.0 yang bertenaga digital,” katanya.

Sebagai acara utama MDEC, MTM 2020 diyakini akan memperkukuhkan lagi usaha agensi ini untuk memacu tiga tonggak terasnya iaitu mengembangkan bakat berkemahiran digital dan meningkatkan kesediaan mereka, memacu perniagaan supaya bertenaga digital untuk menjadi juara teknologi global dan memudahkan pelaburan sektor digital.

“Sebelum ini, transformasi digital suatu bangsa digambarkan sebagai sebuah perjalanan yang memerlukan inisiatif khusus untuk memenuhi keperluan unik berkenaan dan mencapai tujuan utama. Pandemik global telah meningkatkan keperluan ini yang memerlukan kepelbagai idea, tindakan pantas dan intervensi awal. Jangkaan tinggi bahawa ekonomi digital dapat memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun - tahun mendatang sentiasa menjadi kepekaan MDEC . MTM2020 merupakan program penting yang akan terus mencorak semula ekonomi digital kita dan seterusnya memimpin ke arah visi Malaysia 5.0,” katanya.

Maklumat lanjut seperti pendaftaran dan butiran lanjut MTM2020 boleh didapati menerusi pautan di https://mdec.my/mtm2020/


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS