Simbol ‘M’ ini mungkin merupakan ikon yang paling dikenali ramai di seluruh dunia. Secara simboliknya, ia berkisarkan kehidupan harian kita daripada sarapan pagi hingga makan malam, daripada Big Mac hingga Happy Meal. McDonald's sememangnya muncul di setiap pelosok strategik sedunia dengan menu yang turut diserasikan dengan budaya pemakanan tempatan di mana ia bertapak.
Berlandaskan rangkaian lebih 38,000 restoran menjangkaui 100 negara di merata dunia, McDonald's sentiasa menyajikan kisah yang menyentuh hati jutaan orang daripada segenap lapisan masyarakat. Sejak McDonald's mula bertapak di Malaysia pada tahun 1982, jenama kenalan seisi rumah ini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengukir jejak sosioekonominya, generasi demi generasi.

Tidak kira di mana pun McDonald's Malaysia berada, semangat kemasyarakatannya sentiasa dirasai terutamanya oleh golongan yang memerlukan dan mereka yang kurang berkemampuan. Selain menganjurkan program kemasyarakatan kebangsaan, kru restoran McDonald’s sentiasa turun padang berinteraksi dengan masyarakat setempat. Secara purata, setiap restoran McDonald's di seluruh negara menjalankan sekurang-kurangnya dua aktiviti komuniti sebulan.
Dengan memanfaatkan rangkaian lebih 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia memimpin melalui teladan dengan melaksanakan inisiatif ‘memberi kembali kepada masyarakat’ secara konsisten sepanjang tahun khususnya menjelang musim perayaan sejak sekian lama – melalui pelbagai program jangkauan komuniti yang amat bermakna.
Inisiatif komuniti diketuai krew restoran
Bermatlamat untuk membawa impak positif kepada komuniti di mana ia beroperasi, kru restoran McDonald's Malaysia sentiasa berpegang teguh pada nilai murni untuk menjalankan tanggungjawab kemasyarakatan. Sebagai perbandingan, pada tahun 2015, ia melibatkan 1,200 aktiviti dan pada tahun 2020, McDonald’s Malaysia mensasarkan lebih 7,000 aktiviti untuk aspirasi ini. ‘Trend’ yang semakin meningkat ini jelas menunjukkan komitmen McDonald's Malaysia untuk mendekati setiap lapisan masyarakat seramai yang mungkin.
"Memberi kembali kepada komuniti tempatan di mana kami beroperasi telah menjadi sebahagian daripada DNA McDonald’s," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
Komitmen dan dedikasi warga McDonald's bukan sekadar menghidang makanan dan minuman yang lazat tetapi ia sudah menjadi budaya bangga syarikat untuk menyumbang kembali kepada masyarakat kerana ia mendorong semua kearah kebaikan.
Menziarahi warga tua
Menyebarkan muhibah dan keceriaan ke rumah orang tua menjelang Tahun Baru Cina telah menjadi kebiasaan yang dibanggai pekerja McDonald’s Malaysia. Setiap tahun, kru restoran McDonald’s akan semarakkan semangat kebersamaan dengan menghabiskan masa berkualiti bersama penghuni rumah orang tua sambil berbual dan makan bersama mereka, dan membersih dan mengemaskan rumah orang tua yang dikunjungi.

Buka puasa bersama anak yatim
Bulan Ramadan, bulan yang mulia dan masa inilah McDonald's Malaysia sibuk beramal dengan menjalankan pelbagai aktiviti terutamanya untuk rumah anak yatim, yang disempurnakan dengan sesi 'buka puasa'.
Misalannya pada tahun 2018, lebih 500 kanak-kanak rumah anak yatim dan rumah amal penjagaan kanak-kanak yang lain di seluruh Selangor telah menghadiri majlis 'buka puasa' yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) yang diadakan di Masjid Kampung Raja Uda, Persiaran Raja Muda Musa di Klang, dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). Setiap rumah amal yang dijemput turut diceriakan dengan sumbangan tunai RM10,000 di samping 'duit raya' kepada setiap kanak-kanak.
Pada tahun 2019, berganding bahu bersama Pusat Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC), Pusat Pungutan Zakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), McDonald's Malaysia mengadakan sesi 'buka puasa' untuk 500 anak yatim daripada 10 rumah kebajikan, dengan setiap rumah amal menerima sumbangan RM5,000 daripada RMHC.

Selain ini, aktiviti yang sudah menjadi sinonim pada bulan Ramadan bagi McDonald’s Malaysia adalah menyumbang makan moreh mingguan di masjid atau surau yang berdekatan restoran. Program ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat.
Sambutan Hari Guru
Setiap tahun sempena Hari Guru, parti Hari Guru akan diadakan di restoran McDonald's di seluruh negara untuk menghargai jasa dan dedikasi guru melahirkan modal insan untuk negara. Guru-guru dihiburkan dengan pelbagai permainan, sesi bergambar, di samping menikmati makanan dan minuman yang disediakan untuk mereka.

Meraikan Hari Kanak-kanak
Setiap tahun sepanjang bulan Oktober sempena Hari Kanak-kanak, kru restoran McDonald's akan menyediakan pelbagai aktiviti bermakna untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuk mengunjungi wad pediatrik, bersiar bersama kanak-kanak ke tempat-tempat menarik, membersih dan mengemaskan rumah anak yatim dan disusuli sambutan Hari Kanak-kanak di McDonald's.

Penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Memerangi wabak Covid-19 memerlukan sokongan kesemua pihak dan McDonald's Malaysia tampil dengan semangat prihatin melalui sumbangan khas kepada petugas kesihatan barisan hadapan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini, sebagai tanda penghargaan di atas dedikasi dan pengorbanan mereka demi kesihatan rakyat. Sepanjang tempoh PKP dan PKPB tahun ini, McDonald's Malaysia telah menaja hampir 200,000 sajian untuk petugas barisan hadapan - termasuk pekerja hospital, polis dan tentera - dan usaha ini akan diteruskan dengan penuh semangat #KitaBoleh.

Pengiktirafan sumbangan kemasyarakatan
Komitmen McDonald's Malaysia melaksanakan pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang berterusan bukan sahaja menggalakkan, malah ia juga mendapat pengiktirafan dengan memenangi pelbagai anugerah – termasuk Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2020 (Sustainability & CSR Malaysia Award) tiga tahun berturut-turut, pingat gangsa PR Awards 2020 daripada A&M bagi Penglibatan Sosial untuk Komuniti Bersasar pada bulan Ogos tahun ini, dan Anugerah Kecemerlangan CSR Halal pada Persidangan Halal Sedunia tahun lalu.
CSR Malaysia telah juga menobatkan anugerah kepada Pusat Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) sebagai pengiktirafan atas pelbagai komitmen padu RMHC untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia sepanjang tahun 2019.
Sila layari www.facebook.com/My.McDonalds/ untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia.
