Malaysia kini berada di landasan yang tepat dalam pemulihan ekonomi walaupun dengan ancaman wabak Covid-19 yang masih berterusan, menurut Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali dalam wawancaranya baru-baru ini bersama Bloomberg TV. Walaupun pemulihan dibantu oleh beberapa pakej rangsangan fiskal dan kelonggaran perintah kawalan secara berperingkat, keadaan ini masih amat mencabar bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk kekal bertahan.

Tempoh hujung tahun ini adalah amat penting bagi perniagaan untuk melonjak kembali jualan yang lembap semasa peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengukuhkan persediaan untuk tahun berikutnya. PKS dalam sektor pemborongan dan pembuatan yang merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran barangan juga harus bertindak mengikut keadaan untuk memenuhi permintaan yang meningkat pada musim perayaan ini.

“Permintaan biasanya akan melonjak pada musim perayaan. Untuk memenuhi permintaan tersebut, PKS haruslah mengkaji semula infrastruktur operasi mereka yang sedia ada dan bagaimana mereka boleh mengoptimumkan cara pengendalian mereka. Sebagai contoh, pengurusan inventori yang cekap dan sistem logistik yang boleh diskalakan dapat menjamin ketersediaan barangan pada setiap masa,” menurut Shen Ong, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia.

PKS digalakkan untuk memanfaatkan teknologi penghantaran baharu untuk transformasi perniagaan mereka supaya ia seiring dengan perubahan tingkah laku pengguna. Tambahan pula, dengan menggunakan penyelesaian logistik digital, PKS dapat memperkenalkan kecekapan yang lebih tinggi sambil mengoptimumkan kos dalam rantaian bekalan mereka.

Setelah PKS menstabilkan bahagian operasi mereka, adalah lebih mudah bagi pemilik perniagaan untuk fokus kepada perkara yang lebih penting pada musim perayaan ini.

Kini, pengguna dalam era pandemik lebih bergantung kepada pengalaman membeli-belah secara digital. Gaya hidup ‘contactless’ selama lapan bulan telah membentuk persepsi pengguna Malaysia terhadap keperluan perkhidmatan penghantaran yang lebih pantas.

Decathlon dan L'OCCITANE en Provence telah mula mencuba penghantaran pada hari yang sama untuk memenuhi permintaan ini. Dengan kerjasama Lalamove, kedua-dua syarikat dapat menambah baikkan rantaian bekalan dalaman mereka sambil menawarkan penghantaran pada hari yang sama kepada pelanggan.

"Pengguna pada masa kini mengharapkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik, termasuklah penghantaran yang lebih pantas dan boleh dipercayai. Perniagaan yang mengambil langkah tambahan untuk memenuhi harapan pelanggan mereka akan memperolehi kelebihan dalam pasaran sambil meninggalkan kesan yang positif di kalangan pelanggan mereka,” kata Shen.

Platform penghantaran on-demand Lalamove boleh disesuaikan mengikut keperluan perusahaan mikro, kecil, sederhana dan juga syarikat multinasional. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Lalamove atau muat turun aplikasi Lalamove untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran yang lebih pantas dengan harga serendah RM4.