Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
BeFine memperkenalkan Nabila Razali sebagai duta jenama bagi tahun 2021
Diterbitkan:  Dec 12, 2020 3:39 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Dydo Drinco Malaysia Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelantikan rasmi Nabila Razali sebagai duta jenama minuman Yogurt Probiotic BeFine untuk aktiviti kempen dan promosi sepanjang tahun 2021. Pelantikan personaliti industri muzik dan TV Malaysia itu adalah usaha untuk memperkenalkan BeFine sebagai satu satunya minuman yogurt dengan Bifidobacterium Probiotic Jepun kepada rakyat Malaysia agar dapat menikmati manfaat maksimum bagi kesihatan sistem penghadaman yang lebih baik.

Pelantikan Nabila Razali sebagai duta jenama BeFine

Pelantikan Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenal sebagai Nabila Razali sebagai duta jenama minuman Yogurt Probiotic BeFine amat bersesuaian kerana pesona unik, ceria dan positif Nabila melambangkan jenama BeFine itu sendiri. Sebagai seorang penyanyi dan pelakon, Nabila menempa nama di dalam industri hiburan tanah air dengan mempertaruhkan barisan lagu yang menjadi siulan ramai serta bakat lakonannya dalam pelbagai drama. Baru baru ini, lagu yang mendapat tempat di carta radio ‘Peluang Kedua’ telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 35.

Minuman Yogurt Probiotic BeFine dikenali di pasaran sebagai satu-satunya minuman yogurt di Malaysia yang menggunakan Bifidobacterium, probiotik terbaik dan terbukti secara klinikal di Jepun yang melindungi tubuh kita daripada bakteria jahat, membantu melegakan masalah sembelit, memulihkan kesihatan usus dan mengoptimumkan sistem pencernaan. Menggunakan R&D Jepun yang terkini dan maju, BeFine tidak mengandungi lemak, sifar kolestrol, tanpa pewarna tiruan dan tanpa pengawet tambahan yang memastikan pengguna Malaysia mendapat manfaat maksimum tertumpu kepada kesihatan usus dan tubuh badan.

Bifidobacterium Probiotic Jepun dapat membantu dalam penghasilan sistem imun yang lebih baik, mengurangkan risiko jangkitan kepada tubuh, meningkatkan kesihatan usus, mencegah masalah alergi dan memperbaiki keadaan kulit. Dihasilkan di bawah garis panduan ketat serta amalan pembuatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, minuman Yogurt Probiotiv BeFine dibuat daripada bahan-bahan semula jadi dan berkualiti tinggi dan didatangkan dalam 5 perisa unik; BeFine Plain Yogurt Frink, BeFine Passion Fruit Yogurt Drink, BeFine Mulberry Yogurt Drink dan BeFine Strawberry Yogurt Drink. Perisa BeFine Kiwi Avocado Yogurt Drink yang dilancarkan baru baru baru ini telah menjadi perisa terlaris daripada semua perisa dan menjadi pilihan utama di kalangan pengguna Malaysia kerana rasanya yang menyegarkan dan unik.

Nabila Razali akan mempromosikan kempen jerayawara ‘Switch To BeFine’ di mana pengguna boleh menukar sebarang jenama minuman yogurt mereka kepada minuman Yogurt Probiotic BeFine semasa berlangsungnya 50 kempen jerayawara yang diadakan di seluruh negara. BeFine didatangkan dalam dua saiz 200 dan 600 gram dan dijual di semua pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara.

Encik Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif Dydo Drinco Malaysia Sdn Bhd

“Kami amat berbesar hati dan menyambut baik penglibatan Nabila Razali didalam keluarga BeFine. Saya amat gembira kerana Nabila melambangkan erti kata sebenar minuman Yogurt Probiotic BeFine iaitu bersifat simple, cantik dan menitikberatkan kesihatan. Falsafah kami di Dydo adalah menghasilkan dan menyediakan minuman sihat yang memberi manfaat kepada pengguna dan dengan BeFine, kami ingin memperkenalkan ia ke pasaran Malaysia sebagai produk pertama di pasaran yang menggunakan Bifidobacterium Probiotic Jepun dalam format sedia untuk diminum dan ianya amat menyenangkan”. 

Pelantikan Nabila sebagai duta jenama kami adalah dengan strategi untuk kami membawa kebaikan minuman Yogurt Probiotic BeFine dengan Bifidobacterium Probiotic Jepun yang dapat diakses dengan lebih mudah oleh semua keluarga di Malaysia. Kami ingin memberitahu umum bahawa BeFine adalah satu-satunya minuman Yogurt Probiotik di pasaran yang tidak berkompromi terhadap rasa, reka bentuk pembungkusan, kualiti dan yang paling penting, ia sesuai di kala krisis kesihatan yang sedang kita alami kerana mengandungi Pribiotik terbaik Jepun - Bifidobacterium.

Mengenai Dydo Drinco Malaysia Sdn Bhd

Dydo Drinco, INC (DyDo), pengeluar minuman bebas alkohol yang terkemuka di Jepun dan berhasrat untuk mengubah landskap perniagaan minuman di Malaysia. Semua minuman Dydo diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melalui kriteria penyelidikan yang berkualiti tinggi menggunakan teknologi canggih farmasi kumpulan Dydo iaitu DAIDO Pharmaceuticals Corporation (DAIDO Pharmaceuticals). DAIDO Pharmaceuticals mampu menghasilkan produk terkini seperti suplemen kecantikan dan minuman antioksidan untuk memenuhi trend semasa.

Senarai produk di bawah Dydo Drinco Malaysia:

  • Befine

  • Yobick

  • Vida

Laman sesawang DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: www.dydo.com.my

Laman sesawang DyDo Jepun: www.dydo-ghd.co.jp

Laman Facebook dan Instagram rasmi Befine: www.facebook.com/befinemalaysia/ @befinemalaysia 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS