Sambutlah Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama hoolah! Walaupun sambutan Hari Raya pada tahun lalu agak sederhana disebabkan pandemik, perayaan kali ini akan menjadi lebih istimewa. Dalam kesibukan membuat persiapan bagi menyambut hari yang mulia dan penuh kesyukuran ini, hoolah bakal melancarkan kempen Mega Raya Giveaway (Hadiah Percuma Mega Raya) (#RayaNowPayLater (#RayaSekarangBayarKemudian)) sempena sambutan perayaan ini.

Bermula dari sekarang hingga 16 Mei pelanggan hoolah Malaysia berpeluang memenangi Hadiah Kempen Mingguan yang bernilai sehingga RM3,000 di laman Instagram hoolah (@hoolahmy). Tambahan pula, Hadiah Utama Ubah Suai Kelengkapan Rumah yang bernilai RM15,000 juga bakal dimenangi oleh seorang pelanggan bertuah.

Bermula pada setiap hujung minggu sepanjang tempoh kempen ini, hoolah akan memberi diskaun eksklusif untuk jenama-jenama fesyen, kecantikan, aksesori, barangan elektronik rumah dan pengguna, serta barangan sukan bagi memudahkan persiapan menghiasi rumah dengan perabot, barangan rumah dan elektronik serta pakaian yang serba baharu untuk menyambut hari raya.

Untuk berpeluang memenangi Hadiah Utama Ubah Suai Kelengkapan Rumah dan Hadiah Mingguan hoolah, anda hanya perlu membuat pembelian daripada 80* peniaga dan ke atas yang mengambil bahagian sepanjang tempoh kempen ini melalui hoolah. Kunjungi laman Instagram hoolah Malaysia untuk merebut peluang memenangi Hadiah Percuma Media Sosial Mingguan dan Hadiah Misteri. Untuk senarai penuh peniaga yang mengambil bahagian, sila rujuk https://hoolah.co/my-en/promotion/

Sekilas pandang Hadiah-hadiah Percuma Mega Raya hoolah:

Sorotan Peniaga:

ASTRO GO SHOP

SHIZENS

FURNITURE OUTLET CENTRE

GRAVITY MATTRESS

KUVINGS

LINE SEVEN

MELISSA SHOES MALAYSIA

OSIM MALAYSIA

PAZZION MALAYSIA

SOLAR TIME

UMMA

VARIANTE

XIXILI INTIMATES

Perihal hoolah

Dilancarkan pada 1 Mac 2018, hoolah ialah platform saluran tunggal Buy Now Pay Later (Beli Sekarang Bayar Kemudian) yang terkemuka di Asia, beroperasi di ibu pejabat Singapura. Bertujuan untuk menjana faedah sesama pengguna dan peniaga melalui perbelanjaan berkemampuan dan bertanggungjawab, hoolah memperkasakan pengguna untuk membeli barangan yang mereka perlukan hari ini dan membayar kemudian melalui 3 ansuran bulanan tanpa faedah, dan menyediakan pertukaran pembayaran yang selamat dan kesetiaan pengguna kepada peniaga. Ia aktif di Singapura, Malaysia dan Hong Kong, dengan lebih dari 2,800 jenama termasuk Nike, OSIM, PUMA dan Samsung. hoolah berhasrat untuk menghubungkan peniaga dengan pengguna di setiap pelosok di Asia, dan menjanjikan pengalaman membeli belah yang ringkas, mudah dan terbaik kepada semua. hoolah disokong oleh beberapa pelabur termasuk Allectus Capital, iGlobe Ventures dan Genting Ventures. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.hoolah.co.