Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Nikmatilah 80GB data berkelajuan tinggi – hanya RM5 sebulan saja!
Diterbitkan:  Jul 28, 2021 2:07 PM
Dikemaskini: Aug 2, 2021 1:36 AM

Akibat penularan Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai bentuk untuk mengawalnya, kehidupan harian kita kini penuh cabaran. Memandangkan situasi semasa, tidak kira sama ada kita menghadapi kekangan wang atau tidak, kita menyedari kepentingan mengawasi perbelanjaan kita dengan lebih teliti dan lebih tekun mencari penjimatan.

Penjimatan hebat dapat diperolehi dengan tawaran Jaringan Prihatin Yoodo. Pengguna yang layak dapat menikmati 80GB data berkelajuan tinggi dengan hanya RM5 sebulan, berturut-turut selama 12 bulan!

Kerana PKP, akses internet kini teramat penting untuk aktiviti-aktiviti harian kita seperti bekerja atau belajar dari rumah, mendapatkan berita semasa, media sosial dan hiburan, serta untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Penggunaan internet kita juga telah meningkat dengan ketara sejak PKP 1.0.

Dengan Yoodo, rakyat Malaysia yang layak boleh menjimatkan wang sambil menikmati kesambungan rangkaian yang baik.

“Beban yang berat, kami cuba ringankan. Sebagai usaha kolaborasi Yoodo bersama Inisiatif Jaringan Prihatin, kami dengan bangganya menawarkan data bersubsidi untuk semua pengguna terpilih yang layak,” kata Yoodo.

Nikmati kuota data kelajuan tinggi yang lebih banyak dengan harga yang sungguh menarik untuk “stay connected” – ini sememangnya elemen yang kini sangat penting memandangkan betapa banyaknya perkhidmatan yang telah menjadi digital.

Dapatkan pelan 20GB data kelajuan tinggi dengan hanya RM5 sebulan, dan nikmati 2GB data kelajuan tinggi percuma setiap hari (60GB sebulan) untuk apa jua keperluan internet anda termasuk e-pembelajaran, kerja jarak jauh, permainan dalam talian, media sosial, streaming muzik dan video — 80GB data kelajuan tinggi keseluruhan dengan hanya RM5 sebulan!

Pas Prihatin 20GB ini asalnya berharga RM20 dan kini hanya RM5 selepas subsidi RM15 berkat inisiatif Jaringan Prihatin.

Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) hanya perlu muat turun aplikasi Yoodo, serta mendaftar untuk program Jaringan Prihatin untuk menikmati penjimatan yang banyak dengan subsidi yang disediakan.

Dalam tempoh yang sama, pengguna BPR atau BSH yang layak yang kini menggunakan perkhidmatan telco lain boleh beralih ke Yoodo, sambil mengekalkan nombor telefon mereka, untuk menikmati tawaran luar biasa yang menjimatkan ini.

Kelebihan Yoodo berbanding persaingan

Yoodo adalah syarikat perkhidmatan telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelan mudah alih boleh diubah suai serta perkhidmatan 100 peratus secara digital. Ia beroperasi menggunakan rangkaian Celcom yang merupakan rangkaian dengan liputan 4G LTE terluas di Malaysia.

Anda boleh menyesuaikan pelan mudah alih sendiri dan hanya bayar untuk apa yang perlu. Dengan lebih dari 2 juta kombinasi potensi untuk dipilih, anda boleh ubah suai pelan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa sebarang kontrak mahupun bayaran tersembunyi. Inilah janji Yoodo - tiada pelan yang mengelirukan dan pastinya tiada kejutan bil.

Sekiranya anda ingin membuat penambahan data khusus 20GB berdasarkan penggunaan aplikasi-aplikasi tertentu, anda boleh jimat sehingga 40% dengan Add-on untuk pelbagai aplikasi penstriman video, permainan dalam talian atau media sosial seperti Instagram, Spotify, Twitter, dan banyak lagi dari harga serendah RM3.

Untuk masa terhad sahaja, anda turut boleh menikmati 20GB data tambahan bagi aplikasi TikTok, Mobile Legends: Bang Bang, dan iQiyi pada harga hanya RM1 sebulan untuk setiap aplikasi!

Daftar sekarang, pesan SIM percuma anda dan nikmati penghantaran percuma. Lebih-lebih lagi, pengguna baru akan mendapat data berkelajuan tinggi percuma 5GB setelah mengaktifkan kad SIM mereka.

Selain memesan secara dalam talian melalui aplikasi Yoodo, anda juga boleh mendapatkan kad SIM dari kedai Celcom bluecube terpilih, kedai BHPetromarts dan Petronas Mesra di Semenanjung Malaysia. Klik sini untuk keterangan lanjut bagaimana anda boleh dapatkan SIM Yoodo samada secara online mahupun offline.

Muat turun app Yoodo dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery sekarang untuk menikmati tawaran hebat Pas Prihatin Yoodo ini! 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS