Persidangan Perniagaan Halal Sedunia 2021 (WHBC 2021) yang diadakan hari ini, memberi kemudahan dalam membincangkan mengenai keperluan industri untuk menilai kembali kekuatan sedia ada.

Persidangan ini juga bertujuan untuk membina keupayaan baru bagi mewujudkan enjin pertumbuhan baru di antara industri.

Malah, WHBC 2021 juga mengetengahkan pelbagai inisiatif dan sumbangan industri halal dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi global.

Malaysia telah berada di barisan hadapan dalam pertumbuhan industri halal, sama ada di dalam aktiviti ekonomi dan juga kesedaran sosial.

Dengan adanya ekosistem halal yang komprehensif, Malaysia telah menjadi rujukan terbaik dalam pembangunan standard halal dan proses perniagaan sehingga kepada pertumbuhannya dan juga penyertaan perniagaan tempatan di dalam pasaran halal global.

Ini terbukti dengan beberapa kerjasama antara Halal Industry Development Corporation (HDC) dan organisasi antarabangsa bersempena WHBC 2021.

Kerjasama ini bertujuan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam industri halal melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat besar Malaysia serta syarikat multinasional.

HDC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hairol Ariffein Sahari.

Kerjasama sulung dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB) ini membolehkan MAB mempromosikan HDC untuk menjadi Halal Integrated Platform (HIP) kepada pasaran yang berpotensi.

Kadar Istimewa diberikan kepada ahli HDC di bawah Halal Integrated Platform (HIP) apabila terbang bersama Malaysia Airlines dan ia juga ditawarkan kepada ahli-ahlinya yang lain.

Kadar istimewa ini ditawarkan melalui program penerbangan koporat Malaysia Ailines, MHbiz Travel.

Sementara itu, MAB berbesar hati menjadi syarikat penerbangan pilihan bagi inisiatif antarabangsa dan domestik ke arah mempromosikan produk Halal Malaysia dan menerima Program Reskilling and Upskilling dikalangan kakitangan MAB di dalam industri halal anjuran HDC.

HDC juga bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) melalui Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menggalakkan hubungan perniagaan dan menyumbang kepada pembangunan industri Halal.

Antara aktiviti yang dirancang ialah perkongsian ilmu dalam aspek halal, termasuk risikan pasaran, laporan dan hal ehwal perdagangan halal; kerjasama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan halal selaras dengan pelaksanaan penjenamaan dan inisiatif yang munasabah; pembangunan bakat dan pendidikan di antara Taiwan dan Malaysia.

Juga pelaburan dua hala dan usaha perundingan dalam mempromosikan Halal Park dan perkongsian pengetahuan teknikal mengenai rangka kerja halal dan mesra Muslim antara kedua-dua negara.

Ketika berlangsunya WHBC 2021, HDC turut mengumumkan kerjasamanya dengan Institut Kewangan Islam Afrika (AIIF).

HDC telah menandatangani MOU dengan AIIF sebelum ini, akan memberi tumpuan kepada Perundingan dan Khidmat Nasihat untuk menyokong penubuhan Ekosistem Halal dalam Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS), dan memanfaatkan Senegal sebagai sebuah hab bagi pemangkin perubahan ini.

AIIF dengan sokongan kuat Kerajaan Senegal mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menerajui agenda Halal di Senegal dan rantau milik ECOWAS.

Persidangan ini juga menyaksikan kerjasama antara HDC dan Heskell Malaysia. Pengalaman yang dimiliki Haskell dalam Bidang Kejuruteraan, Pembinaan dan Pengurusan Projek untuk sektor-sektor yang berkaitan dalam industri Halal akan digabungkan dengan kecekapan HDC dalam keperluan dan platform Halal untuk meningkatkan pasaran Halal di antara HIP dan Halal Manufacturing Parks.

Kerjasama ini bertujuan untuk mengubah ekosistem Halal di Malaysia dengan menyediakan integrasi reka bentuk dan pembinaan yang lancar dengan pematuhan Halal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Digabungkan dengan kepakaran HDC dalam pasaran Halal serta keupayaan menyediakan sumber pelabur Halal melalui platform HDC, kerjasama ini diharap dapat menarik lebih banyak perniagaan diceburi dalam pengeluaran komoditi Halal sekali gus mendorong industri itu ke arah pertumbuhan yang lebih baik.

Trend pertumbuhan industri halal kini menjadi pemacu ekonomi utama bagi kebanyakan negara, dengan saiz pasaran industri halal global sebanyak USD5.0 trilion menjelang 2030.

Jika mengambil kira jumlah bukan Islam yang memasuki pasaran halal, saiz pasaran yang berpotensi secara keseluruhannya dicagarkan melebihi USD38.1 trilion setahun.

Dari perspektif serantau, Asia Pasifik, berdasarkan dua pertiga daripada penduduk Islam dunia kini menguasai sebahagian besar aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan halal. Ia juga merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi halal di peringkat global.

Dengan adanya produk dan perkhidmatan halal, pasaran yang berpotensi untuk barangan dan perkhidmatan halal adalah lebih tinggi di kebanyakan kawasan. Potensi terbesar ialah Amerika Utara yang menawarkan anggaran nilai aktiviti ekonomi sebanyak USD 17.2 trilion.

Untuk maklumat lanjut berkenaan WHBC 2021, layari whbc.hdcglobal.com