Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Top in Tech Innovation Awards mengiktiraf kepimpinan cemerlang membentuk budaya inovasi
Diterbitkan:  Oct 14, 2021 11:56 AM
Dikemaskini: Nov 3, 2021 9:57 AM

Top in Tech Innovation Awards anjuran bersama Malaysiakini dan Digital News Asia yang julung kali diadakan ini disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) untuk mengiktiraf sumbangan inovasi dan pengaplikasian digital yang membawa perubahan positif terhadap kehidupan kita dalam persekitaran yang sangat mencabar.

Negara kita telah menyaksikan kemelesetan ekonomi yang teruk akibat pelbagai langkah pembendungan penyebaran wabak Covid-19 sepanjang tahun lalu. Kegiatan sosioekonomi terpaksa dihentikan dan tempias ini amat dirasai oleh sektor perniagaan yang disusuli pemberhentian pekerja, penutupan sekolah dan lain-lain. Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa selama ini. Di sebalik kekangan pandemik, perubahan cara hidup dengan norma baru turut mempercepatkan penggunaan teknologi digital di samping menggiatkan minda inovasi untuk membimbing kita keluar daripada kegawatan ekonomi.

Kisah-kisah kejayaan sektor perniagaan bertindak balas di luar zon selesa dalam situasi yang getir ini untuk mengekalkan daya tahan dan daya saing serta terus berkembang demi kesejahteraan sosioekonomi masyarakat merupakan sumbangan yang amat penting dan bermakna kepada negara.

"Sebagai kementerian yang bertanggung jawab memacu kemajuan negara menerusi sains, teknologi dan inovasi, pengiktirafan  kepada syarikat, agensi dan individu yang membawa impak sosioekonomi yang positif kepada masyarakat adalah tepat masanya kerana ia dapat mendorong komuniti industri dan pihak yang lain untuk sentiasa berteraskan minda inovasi meskipun terpaksa menghadapi ancaman serius pandemik COVID-19.  Inisiatif ini juga dapat menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia untuk pembangunan rakyat yang lebih mampan. Maka dengan ini saya imenyeru anda untuk menghantar penyertaan teladan anda untuk sama-sama menggalakkan aplikasi inovasi dalam kehidupan harian kita,"  YB Dato 'Sri Dr. Adham Bin Baba Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata.

Atas sebab inilah Top in Tech Innovation Awards diwujudkan untuk memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada penginovasi (innovator), pemimpin korporat, usahawan, ahli akademik, syarikat dan agensi kerajaan yang membawa impak positif kepada kehidupan kita menerusi pemikiran inovatif yang mengutamakan inovasi, teknologi digital meskipun dilanda krisis kesihatan dan sosioekonomi yang berpanjangan.

Menentukan siapakah antara mereka yang layak dnobatkan pengiktirafan Top in Tech Innovation Awards memerlukan penelitian menyeluruh daripada panel hakim yang berkewibawaan, iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman mendalam dalam bidang tertentu. Maka dengan inilah penghakiman Anugerah ini akan diketuai oleh pemimpin korporat yang terkemuka bagi kategori berikut:

Penginovasi Terbaik Tahunan (Innovator of The Year): Afzal Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, TIME dotCom;

Penerapan Teknologi Terbaik Entiti Fizikal (Best Brick & Mortar Adoption): Raja Teh Maimunah, Pengarah Urusan Perbankan Borong, Ambank Group;

Syarikat Permulaan & Pertumbuhan Paling Berpotensi (Most Promising): Dr Sivapalan Vivekarajah, Rakan Kanan & Pengasas Bersama ScaleUp Malaysia Accelerator;

Inisiatif Digital Paling Berimpak Agensi Kerajaan (Most Impactful Public Sector Agency Driving Digital Adoption): Dato' Seri Wong Siew Hai, Presiden, Malaysia Semiconductor Industry Association;

Kolaborasi Akademik-Industri Paling Berimpak (Most Impactful Academia-Industry Collaboration): Thillai Raj, Penasihat Teknologi Kanan, Wise Al;

Syarikat Permulaan & Pertumbuhan Paling Transformatif (Best Pivot): Joel Neoh, Pengasas Bersama, Fave;

Syarikat Permulaan & Pertumbuhan Paling Inovatif (Most Innovative): Ganesh Kumar Bangah, Pengerusi Eksekutif, Commerce.Asia.

Setiap kategori akan dihakimi oleh lima orang hakim termasuk ketua panel hakim, atas kriteria berlainan yang merangkumi keaslian inovasi, kebolehskalaan (scalability), pengaplikasian teknologi, strategi perniagaan, sumbangan terhadap ekonomi dan impaknya kepada pelanngan dan masyarakat.

Di samping sokongan MOSTI, Top in Tech Innovation Awards juga mendapat kerjasama daripada penaja, ICT Zone Asia Berhad dan pemegang taruh industri, iaitu MyDigital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), PIKOM, SME Association Malaysia, Syarikat Pertengahan Konsortium Malaysia (MCMTC), Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Digital Marketing Association Malaysia (DMAM), Internet Alliance dan Exabytes Network. 

Top in Tech Innovation Awards akan berlangsung pada 9 Disember 2021 (Khamis), di Technology Park Malaysia. Majlis penganugerahan ini menampilkan tetamu yang diundang sahaja dengan menggabungkan suasana formal dan sesi sosial casual, serta siaran langsung menerusi pelbagai media sosial yang berlainan. Walau bagaimanapun, acara ini mungkin berlangsung secara maya sekiranya menghadapi situasi peningkatan mendadak kes Covid-19.

"Digital News Asia mencipta nama menerusi laporan berita teknologi utama bermutu tinggi di Malaysia selama hampir 10 tahun. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan organisasi yang profesional dan berdedikasi ini untuk sama-sama menyemai aspirasi syarikat-syarikat Malaysia yang mencapai kejayaan menerusi penekanan terhadap teknologi inovasi. Kesungguhan mereka merupakan satu teladan yang baik kepada pengusaha industri yang lain,” kata ketua pegawai eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

Dalam usaha memacu transformasi menerusi penggunaan teknologi, pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan daripada pelbagai pengusaha industri – sama ada syarikat permulaan (start-ups) atau syarikat yang sedang berkembang, usahawan teknologi (technopreneur), universiti, politeknik, organisasi swasta, agensi kerajaan dan lain-lain – untuk menyerlah di pentas Top in Tech Innovation Awards 2021. Anugerah ini mengurniakan pengiktirafan terhadap pencapaian dan sumbangan ketara dalam tujuh kategori berikut:

1. Paling Inovatif (Most Innovative) [Dua Kategori: Syarikat Permulaan & Pertumbuhan]

2. Paling Berpotensi (Most Promising) [Dua Kategori: Syarikat Permulaan & Pertumbuhan]

3. Paling Transformatif (Best Pivot) [Dua Kategori: Syarikat Permulaan & Pertumbuhan]

4. Penerapan Teknologi Terbaik Entiti Fizikal (Best Brick & Mortar Adoption)

5. Kolaborasi Akademik-Industri Paling Berimpak (Most Impactful Academia-Industry Collaboration)

6. Inisiatif Digital Paling Berimpak Agensi Kerajaan (Most Impactful Public Sector Agency Driving Digital Adoption)

7. Penginovasi Terbaik Tahunan (Innovator of The Year)

“Kita memerlukan kisah hidup yang positif untuk menaikkan semangat kita sambil mengingatkan kita untuk sentiasa kekal inovatif dan optimistik dalam persekitaran yang mencabar. Disebabkan wujudnya pemimpin yang berani mengambil risiko mencuba idea baru dan kekal berkeyakinan biarpun dibelenggui pandemik, maka lahirlah inovasi teknologi yang membawa perubahan positif kepada kehidupan kita dan sumbagan sebegini harus diberi pengiktirafan yang sewajarnya. Kami sebagai media yang berpendirian neutral dan dihormati ramai, amat berbesar hati dapat merakamkan penghargaan dan pengiktirafan yang tidak terhingga kepada syarikat, usahawan dan pemimpin korporat yang menyumbang menerusi minda inovasi. Dan kami berharap, Anugerah ini akan turut memberi motivasi kepada kepada yang lain agar sentiasa meneroka inovasi baru dengan minda positif,” komen Karamjit Singh, ketua pegawai eksekutif Digital News Asia.

Pemenang kategori berlainan masing-masing akan menerima hadiah eksklusif sebagai pengiktirafan terhadap inovasi teknologi mereka yang membuka lembaran baru untuk masa depan yang lebih baik.

Sebagai peringatan, semua penyertaan mesti dihantar secara dalam talian menerusi laman web Top in Tech Innovation Awards dan perlu sampai ke tangan pihak penganjur sebelum tarikh tutup 30 November (Selasa). Penyertaan adalah percuma.

Kami tidak sabar menantikan penyertaan anda! Jangan terlepas peluang keemasan ini untuk menyerlah di pentas besar! #YourInnovationStoryMatters

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS