Kalau kau cakap babi aku babikan saja kau - Akmal
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata dia tidak teragak-agak membalas dengan kasar sesiapa yang menghina pucuk pimpinan sayap parti itu di media sosial, sekali gus mempertahankan tindakannya membalas komen seorang pengguna Facebook dengan perkataan "babi" baru-baru ini.
Berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAU) Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini, Akmal berkata dia sedar tindakannya itu dikritik, namun turut mendedahkan bahawa pengkritiknya sering bersembunyi di sebalik akaun media sosial yang dikunci (locked account).
"Pemuda, kau jangan takut kalau hari ni kat FB. Cuba buka profil dia, semuanya kadang-kadang locked account.
"Kita nak menang media, kita berperang sosial media. Kita nak main locked account? Level Umno tidak begitu," katanya.
Akmal turut menceritakan detik dia membalas komen seorang pengguna yang dikatakan memasuki ruangan komen miliknya dan mengejeknya sebagai "sampah".
"Hari tu ada orang komen kepada saya, dia komen, dia masuk ke dalam tempat saya, dia kata sampah. Pastu saya jawab, 'ok babi'. Saya nak bagitahu, memang saya yang reply," katanya disambut tepukan perwakilan yang hadir.
/file/attachments/orphans/UMNOOnlineadeasd_627339.jpg)
Dia berkata tindakan itu sengaja dilakukan kerana Pemuda Umno tidak akan berselindung di sebalik akaun-akaun palsu atau berbilang akaun untuk menyerang lawan di alam maya.
"Level Umno kita tak level main locked account, letak apa-apa muka tapi komen. Tak tahu orang tu ada 100 akaun, diorang satu orang komen 100.
"No, no, level Umno tidak begitu, level Pemuda Umno.
"Kalau kau cakap babi, aku babikan saja kau," katanya.
Akmal turut menegaskan sebarang balasan kasarnya adalah bersandarkan kepada nada komen yang diterima terlebih dahulu.
"Sebab babi memang perlu dilayan seperti babi. Kalau kau komen baik-baik, kita layan baik-baik.
"Tapi kalau kau komen macam babi, aku akan komen, layan macam babi. Jangan risau," katanya.
/file/attachments/orphans/akmal_793074.jpg)
