Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2021, melepasi jangkaan awal
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 dilaksanakan secara hibrid pada 18hb – 21hb November 2021 bertujuan untuk memulih dan membangunkan kembali ekonomi yang merangkumi pelbagai sektor perindustrian dan sektor perkhidmatan yang sebelum ini terjejas akibat pandemik COVID-19. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku
Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan dan melawat ruang pameran SIBS 2021.
Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor 2021-2030 dilancarkan pada SIBS 2021 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad. Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor 2021-2030, satu inisiatif yang dibangunkan untuk mengenal pasti potensi subsektor bioteknologi dan memperluaskan ekosistem industri ini di Selangor
Turut dilancarkan di gerai pameran Invest Selangor, Buku Garis Panduan Standard Taman Perindustrian Terurus (MIP), penerbitan bersama antara Invest Selangor dan PLANMalaysia@Selangor bertujuan untuk menawarkan garis panduan bagi pengurusan kawasan perindustrian. Garis panduan itu diterbitkan bagi memastikan taman perindustrian diurus dengan cekap dan teratur ke arah menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelabur yang ingin membangunkan kilang pembuatan di negeri Selangor.
Dalam keadaan negara dilanda pandemik COVID-19, SIBS 2021 telah berjaya mengumpulkan sebanyak 494 gerai pameran secara fizikal dan sebanyak 623 gerai pameran secara maya. Seramai 30 pembeli asing dari empat negara mengambil bahagian dalam program permadanan perniagaan yang diadakan di Dewan Pameran 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur manakala 164 pembeli dari 31 buah negara mengambil bahagian dalam program permadanan perniagaan secara maya.
Di samping itu, tiga jenama pasar raya terkemuka AEON CO (M) Sdn Bhd, Lulu Group Retail Malaysia dan ST Rosyam Mart Sdn Bhd bersetuju untuk menyertai Program Pembeli Pasar Raya 2021 sempena Ekspo Antarabangsa Selangor (F&B) 2021. Program ini akan memberi peluang kepada peserta Ekspo Antarabangsa Selangor
(F&B) 2021 untuk ditempatkan di pasar raya dan pasar raya besar yang mengambil bahagian.
Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) 2021, merupakan salah satu daripada dua pameran baru yang turut memeriahkan SIBS 2021 dengan penganjuran Persidangan Kesihatan Antarabangsa Selangor (SIHC) 2021 yang membawa seramai 36 penceramah dari pakar perubatan dari empat buah negara iaitu Austria, Australia, Singapura dan Malaysia.
Ekspo Taman Perindustrian Selangor (SPARK 2021), merupakan pameran baharu yang diadakan sempena SIBS 2021, turut menerima maklum balas yang baik daripada pelawat perniagaan. SPARK 2021 turut disertai agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor, menjadikannya pusat sehenti untuk pelabur berpotensi mencari dan membincangkan perancangan pembangunan industri di Selangor.
Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC) 2021 dimulakan dengan beberapa siri webinar secara maya pada bulan Mei, Ogos dan siri terakhir pada bulan November 2021. Dengan tema “Sustaining Growth within ASEAN through Innovation”, siri webinar ini berjaya menampilkan 9 pakar industri sebagai penceramah dari tiga buah
negara termasuk Indonesia, India dan Malaysia. Sementara itu Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC) 2021 yang di adakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur turut menampilkan 23 penceramah dari 5 negara iaitu Indonesia, Singapura, Jepun, Australia dan Malaysia.
Konvensyen Ekonomi Digital dan Bandar Pintar Selangor (SDEC) 2021 menyaksikan perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) dan CTDK Holdings Sdn Bhd, diwakili oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Presiden dan penyanyi tersohor tanah air. MoU ini akan memberikan simbol persefahaman bersama untuk membantu dalam pertumbuhan industri e-dagang negara.
Secara keseluruhan, SIBS 2021 telah berjaya merekodkan RM217.6 juta potensi jualan, hampir mencecah rekod jualan dalam SIBS 2019 sebelumnya (sebanyak RM247 juta).
Sidang Kemuncak empat hari itu telah dihadiri seramai 25,410 pengunjung melepasi sasaran awal dan terdiri daripada pemilik perniagaan, pengimport, pemborong, pengedar kepada peruncit dan orang ramai.
Edisi maya SIBS 2021 akan diteruskan di portal perniagaan Selangor, www.selangorbusinesshub.my sehingga Oktober 2022.
Sejak penubuhannya, SIBS 2021 telah menjadi platform untuk perniagaan antarabangsa menggunakan Selangor sebagai batu loncatan untuk menerokai pasaran ASEAN yang lebih luas, rumah bagi lebih 600 juta pengguna dan lebih 200 syarikat terbesar di dunia.
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 akan kembali pada 6hb – 9hb Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Untuk pertanyaan berkenaan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor, sila layari www.selangorsummit.com.

